/> .::::::::Perniagaan Online ded1::::::::.
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau siri klasik 7" F.HERDER
model: 8159R18,00
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
warna pemegang: hitam dengan separuh tembaga
material: besi tahan karat "ConstantINOX" - oleh ThyssenKrupp
Kekerasan: 57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau siri klasik dengan bilah lurus ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi. Bilah pisau ini diperbuat dari besi khas TERBAIK dipanggil "ConstantINOX" yang tahan karat, dihasilkan oleh ThyssenKrupp, konglomerat besi terkemuka Jerman. Pada pangkal hulunya / "temin" disarungkan tembaga yang berkilauan. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623 dan berusia lebih 393 TAHUN !! telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan KETAJAMAN besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong/menyiang ketulan daging/hasil laut/makanan atau bahan makanan lain malah cukup tajam untuk tugas menyembelih haiwan kecil. Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata dunia. Ini adalah jenama pisau yang RARE dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. F.HERDER lambang keaslian pisau Solingen !!

Harga: RM 169.00 - seunit


pisau-dapur-cap-garpu-klasik-f.herder-7incipisau-dapur-cap-garpu-klasik-f.herder-7incipisau-dapur-cap-garpu-klasik-f.herder-7inci
Posted by: jimbit
1) Jenis: parang hutan "Royal Kukri" Cold Steel
model: 97KMIGS
Panjang: 14 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 19.6 inci
tebal bilah: 2.8 milimeter
Berat: 601 gram

Material pemegang: plastik Polypropylene
Material: Besi 1055 Carbon Steel (tahan karat)
Warna: hitam
negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Afrika Selatan

Keterangan: Ini ialah parang hutan ASLI diberi nama "Royal Kukri" yang direkabentuk dan diinspirasikan dari parang kukri yang menjadi ikon tentera Gurkha sejak berabad lampau, ia jenis FULL TANG yang dikeluarkan oleh syarikat Cold Steel yang berpusat di Ventura, USA, diasaskan oleh Lynn C. Thompson yang juga merupakan seorang pengamal seni beladiri sejak tahun 1980. Cold Steel cukup terkenal dalam penghasilan pelbagai jenis pisau & parang dan produk mereka banyak juga digunakan di dalam filem Hollywood dan beberapa unit tentera US dan di seluruh dunia. Parang kukri ini sebenarnya khusus untuk kegunaan di hutan untuk tugas menebas ranting / semak samun / menebang pokok bersaiz sederhana. Ia terbaik untuk mereka yang gemar aktiviti luar; memburu/mendaki/berkhemah/memancing/pemikat burung/pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah, juga bagus untuk pengumpul barangan "RARE" dan koleksi. Jika anda peminat jenama Cold Steel, "Royal Kukri" ini perlu ada dalam barisan koleksi anda !!

Harga: RM 253.00 - seunit

parang-royal-kukri-cold-steelparang-royal-kukri-cold-steelparang-royal-kukri-cold-steel

Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau ikon klasik F.HERDER
model: 0095-18,00
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
material: besi ConstantSteel - oleh ThyssenKrupp
Kekerasan: 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau jenis ini merupakan keluaran dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, pisau ini diperbuat dari besi khas TERBAIK dipanggil "ConstantSteel" yang mempunyai tarikan magnet, dihasilkan oleh ThyssenKrupp, konglomerat besi terkemuka Jerman. Ini adalah model / bentuk yang mula-mula diperkenalkan di Nusantara sejak lebih 200 tahun silam !! Ia dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen cukup terkenal berdekad lamanya dengan penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan pelbagai jenis senjata. Ia memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menghiris bawang, sayur, buah, daging / menyembelih haiwan kecil; ayam/burung/pelanduk/kambing. Kepada para peminat/pengumpul koleksi pisau di serata pelusuk alam, Ini adalah jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Ayuh dapatkan SEPANTAS MUNGKIN kerna waktu tidak menunggu anda walau sesaat !!

Harga: RM 146.00 - seunit


pisau-klasik-18cm-cap-garpu-f.herderpisau-klasik-18cm-cap-garpu-f.herderpisau-klasik-18cm-cap-garpu-f.herder


Category: 5.11 - kasut
Posted by: jimbit
1) Jenis: kasut but taktikal XPRT
Model: 12204
STATUS: terpakai (hanya dipakai beberapa kali !!)
saiz: 9 US - jenis lebar
tinggi kasut: 8 inci
warna: COKLAT CERAH
material: 1200D nylon, kulit jenis suede

Keterangan: Kasut ini adalah ASLI, TERPAKAI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia merupakan model yang cukup POPULAR di kalangan orang awam dan anggota penguatkuasa. Tapak kasut ini adalah kalis air, minyak dan cecair lain pada permukaan yang dipijak. Jenama produk 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Polis di serata dunia. Keadaan kasut ini masih elok, tiada koyak / tiada kerosakan di mana-mana dan tapaknya masih tidak haus. Fabrik kasut ini adalah tebal dan sangat tahan lasak tetapi sungguh RINGAN. Ia boleh dipakai sama ada ketika
sebarang operasi dan kelihatan ringkas dan selesa untuk dipakai harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Kasut but ini sesuai untuk semua anggota penguatkuasa di Malaysia (Polis, Tentera, JPJ, APMM, DBKL, SMART, Bomba, Imigresen, Kastam) dan kepada semua orang awam yang meminati produk taktikal / peminat kasut jenis but. Dapatkan ia SEGERA !!!

Harga: RM 227.00

kasut-but-xprt-h2o-coklat-5.11kasut-but-xprt-h2o-coklat-5.11kasut-but-xprt-h2o-coklat-5.11

Category: 5.11 - baju
Posted by: jimbit
1) Jenis: Baju polo berkolar "pinnacle"
model: 71036
saiz: S - saiz USA
warna: biru gelap
material fabrik: Polyester anti kuman
Buatan: vietnam
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Baju polo berkolar ini adalah ASLI yang dikeluarkan oleh 5.11 iaitu pengeluar produk taktikal terkenal dari USA. Fabriknya diperbuat dari sejenis polyester anti kuman yang menggunakan teknologi OCT (odor control technology), ia cukup ringan, tidak mudah koyak dan tidak berkedut dan keistimewaan fabrik ini, ia menyahkan kelembapan, cepat kering dan anti bakteria. Ini seterusnya mengurangkan bau yang tidak menyenangkan ketika dipakai seharian dan memberi anda kesegaran yang berpanjangan. Pada bahagian hadapan sebelah kiri dan belakang atas, disulam kemas dengan logo 5.11 yang tampak menyerlah. Manakala pada bahagian lengan kiri, didatangkan dengan poket kecil untuk anda meletak pen atau benda kecil. Baju ini boleh dipakai semasa bekerja / bersantai / melakukan tugas kritikal anda. Untuk anda yang tercari-cari baju berkolar taktikal dari kualiti TERBAIK, dapatkan ia hari ini !!

Harga: RM 283.00

baju-kolar-pinnacle-5.11baju-kolar-pinnacle-5.11baju-kolar-pinnacle-5.11



Category: 5.11 - baju
Posted by: jimbit
1) Jenis: Kemeja lengan panjang RIPSTOP 5.11
model: 72002
saiz: XS, M, L, XL - saiz USA
warna: biru gelap
material fabrik: 65% polyester, 35% kapas ripstop (dilapisi teflon)
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/China/Cambodia

Keterangan: Baju kemeja lengan panjang TDU "Ripstop" 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. 5.11 dibekalkan kepada Polis/tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik kemeja TDU Ripstop ini adalah tebal dan sangat tahan lasak. Ia mempunyai ruang tersembunyi pada dada (untuk menyimpan buku nota kecil/pistol/lampu suluh), 2 lapisan fabrik pada bahagian siku, jahitan pada bahagian kritikal kemeja adalah 3 kali dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar. Kemeja ini sangat disyorkan untuk anggota badan beruniform seperti Polis & JPJ dipakai semasa tugas operasi harian dan taktikal di mana sahaja.

Harga: RM 241.00

baju-kemeja-ripstop-5.11baju-kemeja-ripstop-5.11baju-kemeja-ripstop
Category: 5.11 - Jaket
Posted by: jimbit
2) Jenis: Jaket taktikal fleece 5.11
model: 48038
saiz: S
warna: biru gelap
Material fabrik: Polyester & nylon
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam

Keterangan: Jaket taktikal jenis fleece ini dari fabrik tebal jenis polyester dan nylon adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama produk yang dibekalkan kepada tentera US, Polis, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Jaket ini TERBAIK untuk mengurangkan kesejukan akibat dari cuaca di luar dan ia sebenarnya jaket yang kalis angin. Jaket ini didatangkan dengan poket tersembunyi pada bahagian dalam di bahagian dada (kiri & kanan) berserta poket berzip di bahagian lengan dan juga bahagian hadapan jaket. Poket yang dibuat khusus untuk menyimpan pistol/walkie talkie/pen/buku nota/peralatan peribadi anda. Menariknya pula, pada bahagian bahu didatangkan dengan penyangkut mikrofon untuk mereka yang bertugas semasa operasi taktikal. Fabrik pada kolar, bahu dan bahagian siku adalah lebih tebal dan kemas untuk tugas lasak. Fabrik jaket ini tidak pudar dan tahan lasak. Ia boleh dipakai ketika sebarang jenis cuaca (sejuk/panas/basah) sama ada ketika sebarang operasi dan untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/pengembara/menunggang motorsikal/memandu. Jaket ini telah diuji dan disyorkan oleh NTOA (pertubuhan kakitangan taktikal). Anda akan merasai kelainan dikala memakai jaket taktikal fleece ini, ia bukan calang-calang jaket kebiasaan !!

Harga: RM 514.00

jaket-fleece-taktikal-5.11jaket-fleece-taktikal-5.11jaket-fleece-taktikal-5.11


Posted by: jimbit
Tontoni video berkenaan pisau taktikal/pisau lasak keluaran Glock buatan Austria. Sejenis pisau yang dikeluarkan oleh pembuat senjata api terkemuka dari Austria, Pisau model ini merupakan model yang sama dipakai secara rasmi oleh pasukan unit elit tempur komando VAT69 Polis Diraja Malaysia !!

https://www.youtube.com/watch?v=Jiy3DxXT6oA


video-pisau-taktikal-glock-vat69
Posted by: jimbit
Barisan model produk yang baru tiba dari Solingen, Jerman untuk tatapan anda sekalian :) Buat mereka yang telah membuat tempahan awal, barangan anda akan di hantar bermula minggu hadapan !! terima kasih kerana menyokong kami. Jualan stok selebihnya akan diiklan dari masa ke semasa di laman web kami kelak. Harap maklum.

stok-nov-pisau-cap-spade-f.herderstok-nov-pisau-cap-spade-f.herder
Posted by: jimbit
Mari menonton video pisau-pisau untuk kerja daging keluaran ICEL dari Portugal. Jenama yang murah dari negara "Benggali Putih"....

https://www.youtube.com/watch?v=xNIgrlz9XSk

video-pisau-icel-portugal