/> .::::::::Perniagaan Online ded1::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for January 2016
Posted by: jimbit
1) Jenis: Set pisau VICTORINOX dan beg model 5.4923
model: 5.4923
material beg: besi
Ukuran beg: 51 x 38 cm
material pemegang pisau: plastik Polypropelene
Warna beg: hitam
Buatan: SWITZERLAND

Keterangan: Beg khas pisau Pisau Victorinox ini adalah untuk profesional mereka yang bekerja di dalam industri hotel/restoran/catering/penyediaan makanan. Ia juga sesuai untuk pengumpul koleksi. Ia didatangkan LENGKAP dengan pisau dan peralatan dapur Victorinox lain, antara kandungan beg ini ialah:
1. Pisau dapur 22cm 5.2003.22
2. Pisau daging 28cm 5.5203.28
3. spatula 25cm 5.2603.25
4. pisau dapur 28cm 5.2003.28
5. pisau Salmon 30cm 5.4623.30
6. set dengan 3 jarum dan 2 jarum lard 7.7350
7. Pengupas 5.0103
8. 2 scoops potato drills 7.6163
9. pisau tiram 7.6393
10. Gunting ikan 8.1056.21
11. Apple corer 5.3603.16
12. Pengasah 27cm 7.8403
13. Pisau kupas 5.3103
14. 10 unit fluted tips, stainless 7.6700
15. 10 unit star fluted tips, stainless 7.6750
16. pisau Fillet 5.3703.18
17. pisau lapah runcing 5.6303.15
18. Forged carving fork 5.2303.18
19. Pisau gubahan besi tempa 7.6053.3
20. pisau potong kecil 5.0703
21. pisau gubahan limau 5.3403
22. Lemon zester 5.3503
23. pisau kek bergigi 5.2933.26
24. Inlay Top 5.4923.1
25. Inlay bottom with magnetic rails 5.4923.2

Harga: RM 3 747.00

set-beg-pisau-dapur-profesional-victorinox-5.4923set-beg-pisau-dapur-profesional-victorinox-5.4923set-beg-pisau-dapur-profesional-victorinox-5.4923


1) Jenis: Set pisau VICTORINOX dan beg model 5.4913
model: 5.4913
material beg: besi
Ukuran beg: 50 x 33.5 x 10 sentimeter
material pemegang pisau: plastik Fibrox (anti licin) dan Polypropelene
Warna beg: hitam
Buatan: Switzerland

Keterangan: Ini merupakan set pisau bersaiz sederhana yang TERBAIK untuk mereka yang menyukai serta mengumpul pisau. Set beg pisau Victorinox ini didatangkan LENGKAP dengan pisau dapur dan peralatan dapur Victorinox lain, Ia sangat DISYORKAN untuk pekerja yang terlibat dengan industri sajian & makanan / perhotelan / pelajar yang mengikuti kursus perhotelan/kulinari / surirumah. Beg yang didatangkan dengan set ini cukup kemas dan menarik kualitinya dari sentuhan SWISS. Antara kandungan beg ini ialah:
1) Pisau dapur/chef bilah lebar 28cm
2) Pisau pastri bilah bergigi 26cm
3) Spatula mudah lentur 23cm
4) Besi pengasah 11 inci
5) Pisau ukir kecil
6) Pengupas buah
7) Potato Baller, 2 bahagian (22 dan 25mm)
8) Lemon Decorator
9) Lemon Zester
10) Pisau kecil / paring
11) Pisau lapah lurus 15cm
12) Pisau siang ikan / fillet 18cm
13) Fork jenis besi tempa 18cm
14) Pisau dapur/chef 19cm

Harga: RM 2 110.00
set-beg-pisau-dapur-victorinox-5.4913set-beg-pisau-dapur-victorinox-5.4913set-beg-pisau-dapur-victorinox-5.4913
1) Jenis: Sarung tangan kalis pisau Victorinox
model: 7.9037.X
saiz: S, M, L
material: Brinix, A8C, polyester
Pengiktirafan: EN ISO 13997 (menepati spesifikasi kalis mata pisau)
Buatan: Switzerland

Kegunaan: Sarung tangan ini khusus dan bagus digunakan ketika anda melakukan kerja pemotongan/sembelihan/lapahan menggunakan peralatan tajam/pisau/parang/kapak. Ia dapat MENGURANGKAN kecederaan/luka, ini kerana sarung tangan ini diperbuat dari bahan yang tahan dari koyak dan bahannya agak susah untuk ditembusi oleh mata pisau (PERINGATAN !!; ia bukanlah 100% kalis senjata tajam). Ia selesa, boleh dibasuh dan sesuai untuk mereka yang bekerja di bahagian dapur restoran, hotel, rumah sembelihan, veterinar, rumah, pasar atau di mana sahaja. Sarung tangan ini dijual secara seunit, bukan sepasang. Ia boleh dipakai pada sebelah tangan atau pada kedua-dua belah tangan.

Harga: RM 135 - seunit

sarung-tangan-kalis-pisau-victorinoxsarung-tangan-kalis-pisau-victorinoxsarung-tangan-kalis-pisau-victorinox
Posted by: jimbit
Ditunjukkan disini produk ketip kuku Victorinox buatan Switzerland, tampak kecil dan comel, wajib penjadi peneman anda di kala suka dan duka....

https://www.youtube.com/watch?v=NsZ22wpM8PA

ketip-kuku-victorinox
Posted by: jimbit
1)Jenis: Pengupas buah Victorinox - saiz besar
model: 7.6079
material: plastik
Buatan: Switzerland

Kegunaan: Pengupas kulit buah ini bersaiz besar dan dari gred PREMIUM keluaran Victorinox Switzerland. Alat ini berguna untuk mengupas mangga/betik/tembikai/tomato/buah kiwi atau buah/sayur yang berkulit lembut, ia dilengkapi
bilah tahan karat. Mata/bilahnya adalah pada 2 belah dan bergigi. Ia adalah lebih baik dari jenama biasa di pasaran dan mata bilahnya tahan karat. Alat ini berguna untuk mereka yang bekerja di sektor perhotelan/katering/restoran/dapur rumah/gubahan makanan. Dapatkan segera hari ini !

Harga: RM 30.00 - seunit

pengupas-kulit-buah-peeler-besar-victorinoxpengupas-kulit-buah-peeler-besar-victorinox
Posted by: jimbit
1) Jenis: Baju SUPER PREMIUM Fruit of The Loom (USA)
model: 61-044-0 (SUPER PREMIUM)
GSM: 205 (putih), 190 (warna)
saiz: S, M, L, XL, XXL, XXXL
warna: Putih, biru cerah, hitam, coklat, merah, kelabu gelap, hijau gelap, hijau tentera, kelabu cerah, biru gelap
material fabrik: 100% kapas
Buatan: Morocco
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Tshirt ini adalah ASLI dan di impot dari UK/USA. Jenama Fruit of The Loom adalah dari USA, dahulunya ia dibuat di USA tetapi kini telah dipindahkan kilangnya ke Morocco. Dahulunya jenama ini cukup terkenal di kalangan peminat pakaian "bundle". Ia sangat sesuai sebagai pakaian harian ketika bersantai, bekerja, atau
untuk pelbagai acara. Jenama ini telah terkenal di USA dan di serata dunia dan ditubuhkan sejak tahun 1851 dan merupakan antara syarikat tertua membuat pakaian. Jenama ini sangat terkenal di kalangan pencetak baju di luar negara sebagai tshirt untuk persatuan/kelab, majlis, acara tertentu, kumpulan pelajar universiti dan banyak tshirt rasmi kumpulan muzik luar negara menggunakan jenama ini.

Antara kelebihan pakaian jenama Fruit of The Loom:

- menggunakan fabrik PREMIUM kapas 100% terbaik
dipanggil kapas Belcoro
- Material dan fabrik adalah tebal dan berkualiti
- Ruang leher tidak "menggeleber" setelah di basuh berkali-kali sama ada menggunakan tangan atau mesin basuh
- Warna tidak mudah luntur / pudar
- Jahitan tulang 2 kali pada bahu tshirt (jenis SUPER PREMIUM)
- Tshirt tidak mempunyai "jahitan tulang" pada sisi, sebaliknya kain disambung
terus
- Selesa dan lembut


Untuk rujukan saiz bersesuaian (dalam sentimeter) sila rujuk: http://ded1.opensource.net.my/UKURAN/

Harga: RM 26.00 - saiz S - XXL

baju-tshirt-super-premium-fruit-of-the-loombaju-tshirt-super-premium-fruit-of-the-loom1
baju-tshirt-super-premium-fruit-of-the-loom
Posted by: jimbit
1) Jenis: cecair "all natural" tin penjagaan kulit kasut Redwing
model: 97103
Kandungan: cecair dari pohon pine & minyak mink
Kuantiti: 237 mililiter
Buatan: USA

Keterangan: Ini adalah sejenis cecair penjagaan / "perapi" kasut PREMIUM keluaran Redwing Shoes USA, ia adalah ASLI. Ia didatangkan dalam bekas tin yang kecil dan comel, sama seperti bekas asal REDWING berdekad lamanya. Cecair kasut ini dibuat khusus untuk pemilik kasut Redwing Shoes atau apa sahaja jenama untuk kasut yang diperbuat dari kulit haiwan jenis "Harness", "Oil Slick", "Legacy" dan "Oro-iginal". Cecair ini apabila digosokkan pada kasut kulit akan menyahkan air, ia sebenarnya mengelakkan kulit kasut anda dari menjadi terlalu kering yang menyebabkan permukaan kulit kasut menjadi merekah. Cecair ini melembapkan kulit serta menjadikan permukaan kulit kasut menjadi lembut. Seterusnya ia memanjangkan tempoh jangka hayat kasut dan memberi kesegaran berpanjangan. Untuk makluman cecair ini diperbuat dari campuran sejenis cairan dari ekstrak pokok Pine yang dikira bahan semulajadi terbaik untuk penjagaan kulit. Cecair kasut ini TIDAK mengandungi silikon atau bahan berasaskan petroleum. Cecair ini khas untuk mereka yang tercari-cari bahan "merapi" kasut kulit PREMIUM semulajadi yang terbaik dari REDWING SHOES !!

Harga: RM 116.00

minyak-kasut-natural-tin-redwingminyak-kasut-natural-tin-redwingminyak-kasut-natural-tin-redwing
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur/hiris Tojiro - siri berwarna
Model: F-253-BK
panjang: 37.5 cm (panjang keseluruhan), 24cm (bilah)
material bilah: besi molybdenum vanadium
pemegang: elastomer resin anti bakteria (sejenis getah polimer)

Buatan: Fujitora Industry, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Kegunaan: Ini adalah pisau siri moden keluaran Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan sejak tahun 1955. Daerah Tsubame-Sanjo cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai & katana terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus. Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM dengan hulu plastik resin mengurangkan tekanan pada jari & tangan, dikhususkan buat mereka yang mengagumi ketelitian seni tukang besi Jepun. Ia terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Pisau ini menepati keperluan persekitaran HACCP, apa tunggu lagi ??

Harga: RM 222.00

pisau-dapur-24cm-tojiro-warnapisau-dapur-24cm-tojiro-warnapisau-dapur-24cm-tojiro-warna
Category: General
Posted by: jimbit
Buat peminat kumpulan A.C.A.B lagenda tanahair yang ditubuhkan semenjak 1994, jika anda ada kelapangan dan masih mengingati kumpulan Oi! terawal di Malaysia, dialu-alukan ke konsert kebangkitan semula mereka pada 24 januari 2016 bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Ayuh kalian !!

Untuk maklumat lanjut sila layari:

https://www.facebook.com/ACAB-Malaysian-band-fanpage-133654239979447/?fref=ts

konsert-acab-reunion-2016-malaysia
Category: 5.11 - kasut
Posted by: jimbit
1) Jenis: kasut but XPRT 2.0 URBAN 5.11
Model: 12302
saiz: 4 - 15 US (lebar)
tinggi but: 6 inci
warna: Hitam
material: kulit HELCOR, suede, nylon ripstop dan Nubuck kalis air serta breathable

Keterangan: Kasut but XPRT 2.0 URBAN 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Kasut model ini merupakan model yang sama dipakai oleh unit elit Polis Diraja Malaysia VAT 69 bermula tahun 2015. Ini adalah antara model terbaru kasut yang mendapat sentuhan veteran tentera Kyle Lamb dari unit VTAC. Kasut ini dicipta untuk menyaingi kasut mendaki terbaik buatan Eropah. Kasut but XPRT 2.0 URBAN ini boleh diumpamakan model "TERAGUNG" kasut keluaran 5.11 yang dibuat menggunakan fabrik dan material TERBAIK !! Kasut ini juga dibuat supaya melindungi bahagian hadapan kaki dengan baik sekali. Kasut ini membuatkan pemakainya berasa sangat selesa, tangkas dan sungguh lasak dengan alas dalam jenis BI-FIT.
Ini adalah kasut kalis air tetapi ia tidak panas kerana materialnya memboleh pengaliran udara masuk. Bahagian atas kasut ini diperbuat/dilapisi dari bahan "neoprene" iaitu sejenis getah sintetik yang memberi perlindungan optimum pada buku lali dan kaki si pemakai untuk mengurangkan kecederaan.
Kasut but ini TERBAIK untuk semua anggota penguatkuasa di Malaysia (Polis, Tentera, JPJ, APMM, DBKL, SMART, Bomba, Imigresen, Kastam).
Ia juga sangat TERBAIK untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pemandu trak 4x4, pemandu kenderaan berat, mendaki gunung/berkhemah/peminat barangan tentera dan taktikal. Tapak kasut but ini adalah tidak licin pada permukaan berminyak/basah. Jika anda masih tercari-cari kasut but yang tahan lasak, ringan, selesa dan TERBAIK, model 5.11 XPRT 2.0 URBAN perlu disemat di sanubari anda !!

Harga: RM 1 040.00

kasut-but-xprt2.0-urban-5.11kasut-but-xprt2.0-urban-5.11kasut-but-xprt2.0-urban-5.11


3) Jenis: kasut but Taclite 6" Coyote 5.11
Model: 12030
saiz: 7, 8, 12 US
tinggi but: 6 inci
warna: coklat cerah
material: Cordura nylon 1200D, EVA foam, suede

Keterangan: Kasut but Taclite 5.11 "Coyote" ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Polis di serata dunia. Fabrik kasut Taclite ini adalah tebal dan sangat tahan lasak tetapi sungguh RINGAN. Pada bahagian buku lali dan lidah kasut ini, ia diperbuat dari bahan jenis "EVA foam" yang mempunyai liang-liang kecil agar membolehkan pengaliran udara keluar dan masuk jadi ia menjadikan kaki si pemakai sentiasa sejuk dan kering saban waktu walau dipakai dalam tempoh yang lama. Pada bahagian dalam kasut ini dibuat dari bahan yang anti bakteria dan menyahkan kelembapan disamping penggunaan alas dalam menggunakan teknologi "Ortholite" yang terkenal dalam memberikan keselesaan terbaik pada tapak kaki, nyah bakteria, sistem pengudaraan lancar 100%.
Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi dan kelihatan ringkas dan selesa untuk dipakai harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung/berkhemah/peminat barangan tentera dan taktikal. Tapak kasut but ini adalah tidak licin pada permukaan berminyak /basah. Jika anda masih tercari-cari kasut but yang tahan lasak, selesa dan TERBAIK ketika keadaan panas dan lembap, model kasut 5.11 ini adalah disyorkan untuk anda !!

Harga: RM 540.00

kasut-but-taclite-coyote-5.11kasut-but-taclite-coyote-5.11kasut-but-taclite-coyote-5.11
Category: General
Posted by: jimbit
Acara tahunan terbesar yang menghimpunkan semua pengeluar, pengedar, peruncit, pemborong dari seluruh dunia dalam industri senjata api, peluru, perburuan dan aksesori menembak akan bermula pada 19 - 22 januari 2016 di SANDS EXPO CENTER, Las Vegas, Amerika Syarikat. Ini merupakan acara tahunan terbesar yang mana setiap pengeluar termasuk 5.11 akan membuka ruang pameran & jualan. Untuk peminat produk industri berkenaan boleh merujuk laman web di bawah untuk maklumat lanjut. Sayangnya ia tidak dibuka pada orang awam & mereka di bawah umur :-)) Hanya mampu melihat....

http://www.shotshow.org

pameran-shotshow-2016-usapameran-shotshow-2016-usa
Category: 5.11 - pisau
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lipat RESPON 5.11
model: 51073 1 SZ
panjang bilah: 3.75 inci
panjang keseluruhan: 8.65 inci
tebal bilah: 0.12 inci
Berat: 172 gram
Material bilah: Besi AUS8
Material pemegang: gentian kaca dengan nylon tahan lasak
Warna: oren cerah dengan kombinasi hitam
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Taiwan

Keterangan: Ini adalah pisau ASLI keluaran 5.11 USA, antara pengeluar barangan taktikal ternama. Ia berwarna oren terang yang begitu menyerlah, dikategorikan sebagai pisau menyelamat. Pisau ini didatangkan dengan 1 bilah pisau utama yang cukup TAJAM, 1 bilah pisau kedua kecil bergigi penuh (penghentak/memotong talipinggang/fabrik kuat) dan punat pemecah cermin & kaca pada bahagian belakangnya. Pisau bilah utamanya mempunyai lubang dan dibuat agar boleh dibuka dengan sebelah ibu jari sahaja. Ia berguna kepada anggota Paramedik / penyelamat dan cukup sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/PGA/FRU/Paskal), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah/mountain bike atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi.

Harga: RM 360.00

pisau-lipat-responder-5.11pisau-lipat-responder-5.11pisau-lipat-responder-5.11
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau tetak TULANG / chopper F.DICK
model: 9310018
panjang: 18 cm (panjang bilah), 34CM (panjang keseluruhan)
tebal bilah: 0.5cm
berat: 918 Gram !! (BERAT)
material bilah: besi tahan karat (High Carbon Steel) X50CrMoV15
kekerasan besi: 56 Rockwell
pemegang: plastik anti licin
Buatan: JERMAN

Kegunaan: Pisau daging jenis ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik JERMAN.

Pisau ini khusus untuk kerja menetak TULANG/mencincang/memotong daging yang kecil/tulang KERAS, memotong sayuran keras. Pisau tetak ini adalah BERAT dan sangat berguna untuk sebarang kerja di pusat sembelihan ayam/ternakan malah di dapur juga dan ia merupakan salah 1 alatan wajib anda !

Harga: RM 342.00

pisau-tetak-tulang-f.dick-jermanpisau-tetak-tulang-f.dick-jermanpisau-tetak-tulang-f.dick-jerman
Category: Sarung Tangan BESI
Posted by: jimbit
1) Jenis: Sarung tangan besi ICEL-Manulatex
model: 951.600L.00
saiz: L
warna: kelabu
Kuantiti: 1 unit (sebelah)
material: Besi berantai tahan karat & plastik polyurethane
Pengiktirafan: NF EN 1082-1 (menepati ciri keselamatan perlindungan)
Buatan: Peranchis

Keterangan: Ini adalah sarung tangan yang dibuat dengan kerjasama ICEL dan Manulatex sebuah syarikat yang terkenal dengan pembuatan alat perlindungan diri dalam industri makanan/ternakan. Sarung tangan ini dipakai pada sebelah tangan atau pada kedua-dua belah tangan untuk memberi PERLINDUNGAN optimum pada jari & tapak tangan semasa mengendalikan kerja berbahaya melibatkan pisau / parang / pemotong yang tajam. Sarung tangan ini seeloknya direndam & dibilas (sebelum/selepas dipakai) di dalam air panas sekurang-kurangnya suhu 82 darjah. Sarung tangan ini sangat disyorkan untuk penyembelih haiwan ternakan, peniaga hasil laut/daging, pekerja di pusat sembelihan ternakan, atau di mana-mana persekitaran yang memerlukan perlindungan pada jari & tapak tangan.

Harga: RM 723.00 - seunit

sarung-tangan-daging-kalis-pisau-icelsarung-tangan-daging-kalis-pisau-icelsarung-tangan-daging-kalis-pisau-icel


Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur Victorinox (hulu KAYU)
model: 5.2060.20
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Buatan: Switzerland

Kegunaan: Pisau dapur/pisau chef jenis ini adalah ISTIMEWA kerana bilahnya LEBAR. Model ini mendapat pujian ramai pekerja di dapur hotel / restoran besar kerana proses menghiris/merincik sungguh lancar dan mudah. Pemegangnya diperbuat dari kayu ROSEWOOD Afrika iaitu sejenis kayu keras/kayu jati. Ia tahan lama dan tidak mudah reput / tidak pudar. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur.
Pisau pemegang kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik. Ia nampak stylo dan "otai". Jangan tunggu sehingga ia hilang ditelan zaman !!

Harga: RM 194.00

pisau-dapur-20cm-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-20cm-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-20cm-hulu-kayu-victorinox


1) Jenis: pisau dapur lurus Victorinox (hulu KAYU)
model: 5.1800.15
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Buatan: Switzerland

Kegunaan: Pisau dapur jenis lurus ASLI ini keluaran Victorinox Switzerland. Pisau pemegang kayu disyorkan untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik hulu kayu. Pemegangnya diperbuat dari kayu ROSEWOOD Afrika iaitu sejenis kayu keras/kayu jati yang cukup tahan dan tidak mereput. Pisau ini tampak kecil tetapi terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia cukup tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang tugas-tugas anda di dapur. Ia TERBAIK untuk pekerja di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan peminat koleksi pisau impot berkualiti tinggi, model yang jarang-jarang ada di pasaran, ini lah dia !

Harga: RM 134.00

pisau-dapur-6-inci-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-6-inci-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-6-inci-hulu-kayu-victorinox

2) Jenis: pisau dapur "santoku" Victorinox (hulu KAYU)
model: 6.8500.17
panjang: 17 cm atau 6.69 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Buatan: Switzerland

Kegunaan: Pisau dapur / pisau bentuk "santoku" ini merupakan produk ASLI keluaran Victorinox Switzerland. Pisau pemegang kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik. Ia tampak "stylo" dan "otai". Pemegangnya diperbuat dari kayu ROSEWOOD Afrika iaitu sejenis kayu keras/kayu jati. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang tugas-tugas anda di dapur. Pisau jenis ini sangat disyorkan untuk pekerja di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau.

Harga: RM 178.00

pisau-dapur-santoku-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-santoku-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-santoku-hulu-kayu-victorinox


3) Jenis: pisau dapur/chef Victorinox (hulu KAYU)
model: 5.2000.22
panjang: 22 cm atau 8.66 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Buatan: Switzerland

Kegunaan: Pisau dapur / pisau chef ini merupakan produk keluaran Victorinox. Pisau pemegang kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik. Ia nampak "stylo" dan "otai". Pemegangnya
diperbuat dari kayu ROSEWOOD Afrika iaitu sejenis kayu keras/kayu jati. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah
dan sebagainya. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang tugas-tugas dapur. Pekerja dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel disyorkan memilikinya sepantas mungkin !!

Harga: RM 181.00

pisau-dapur-22cm-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-22cm-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-22cm-hulu-kayu-victorinox


1) Jenis: pisau ukir / shaping VICTORINOX
model: 5.0501
warna: hitam dan merah
panjang: 6 cm
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik polypropelene
Buatan: Switzerland
Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)

Kegunaan: Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja mengukir buah/sayur dan sebagai pisau serbaguna di dapur. Walaupun ia nampak kecil namun bilahnya sangat tajam !! Ia berguna dan merupakan alatan WAJIB untuk pekerja di dapur hotel/restoran dan pelajar kolej/universiti yang mengikuti kursus Perhotelan/Kulinari. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan kerja "food presentation" dan mereka yang terlibat dengan gubahan hidangan untuk majlis perkahwinan / majlis santapan rasmi.

Harga: RM 26.00 (seunit)
victorinox pisau ukiran / shaping knife


Posted by: jimbit
Kami membawakan kepada anda untuk peminat / pengikut / pemandu jenama SCANIA / kenderaan berat (lori, bas, prime mover) produk ekslusif yang diimpot khas dari ibu pejabat Scania Sweden. Produk berkualiti tinggi dari Eropah yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat barangan "RARE" !! Pesanan dibuka mulai SEKARANG sementara stok masih ada !

Untuk senarai lengkap produk SCANIA rujuk laman web kami:

http://ded1.opensource.net.my

http://ded1.opensource.net.my/SCANIA2

iklan produk lori scania sweden
Posted by: jimbit
5) Jenis: Alat serbaguna COLEMAN
model: 200007841
Ukuran: 15.88 x 6.35 x 1.6 sentimeter (tanpa dilipat)
Material: Besi tahan karat dan plastik ABS
Warna: Hitam dan kelabu
Buatan: China
Bilangan alatan: 13 jenis

Keterangan: Ini adalah alat serbaguna ASLI mampu milik keluaran COLEMAN, sebuah syarikat pengeluar produk rekreasi terkenal dari USA yang memulakan perusahaan semenjak tahun 1900. Alatan serbaguna COLEMAN ini sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/berkhemah/mountain bike/memancing atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan/maintenance atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi. Ia didatangkan sekali dengan sarung kecil bercop "COLEMAN" yang menarik. Jika anda sangat mengimpikan alat serbaguna dengan kewangan yang terhad, pilihlah COLEMAN ini ya !!

Harga: RM 54.00

Ia mempunyai 13 jenis alatan serbaguna:

1. pisau besar
2. pisau kecil
3. pembuka botol
4. pembuka tin
5. pemutar skru biasa besar
6. pembuka tutup botol
7. pemutar skru philip
8. pemotong wayar
9. pemutar skru biasa sederhana
10. kikir
11. pengopek
12. playar
13. penyiang sisik ikan

alat-serbaguna-colemanalat-serbaguna-colemanalat-serbaguna-coleman
Posted by: jimbit
1) Jenis: Baju leher bulat Redwing Shoes
model: 95338
GSM: 204
saiz: S, M, L, XL, XXL (Asia)
warna: merah
material fabrik: 100% kapas "soft-spun" 6.1 oz
Buatan: Haiti
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Baju kolar bulat ini adalah ASLI, dikeluarkan oleh Redwing Shoes USA dengan kerjasama HANES. Redwing Shoes merupakan pembuat kasut but terkenal dari USA semenjak 1905. Fabriknya diperbuat menggunakan kapas 100% terbaik 6.1 oz "soft spun" yang lembut dan berkualiti tinggi setanding dengan jenama mahal. Baju ini mempunyai logo REDWING kecil di bahagian hadapan atas sebelah kiri yang mana ia disulam dan dijahit dengan rapi. Baju ini tahan lasak dan tidak menggeleber dan tidak pudar warna walaupun dibasuh berkali-kali menggunakan tangan atau mesin basuh. Baju ini berwarna merah menyala yang cukup terang dan menarik perhatian, ia sangat disyorkan buat peminat produk jenama Redwing Shoes yang tidak mengenal erti jemu !!

Harga: RM 95.00

baju-merah-tshirt-redwing-shoes
baju-merah-tshirt-redwing-shoes
baju-merah-tshirt-redwing-shoes


Posted by: jimbit
1) Jenis: Berus kasut Redwing
model: 97106
Saiz: 17.3 x 5.8 sentimeter
Buatan: USA
Jenis bulu berus: bulu kuda
Jenis pemegang: kayu

Keterangan: Ini adalah berus untuk kasut ASLI keluaran Redwing Shoes USA. Bulu berus ini diperbuat dari bulu kuda berkualiti tinggi sepenuhnya, manakala pemegangnya daripada sejenis kayu terbaik. Berus ini boleh digunakan untuk membuang debu dan kotoran ringan yang terlekat pada permukaan kasut Redwing anda atau dari sebarang jenama, atau boleh juga digunakan pada jaket kulit jua. Berus kayu ini tampak klasik dan elegan hasil kerjatangan teliti pekerja mahir Amerika, dapatkan berus terbaik Redwing ini jika anda menyayangi kasut / barangan anda umpama "menatang minyak yang penuh" !!! Produk ini sangat disyorkan buat peminat barangan asli Redwing Shoes.

Harga: RM 72.00

berus-kasut-redwing-shoes-usaberus-kasut-redwing-shoes-usaberus-kasut-redwing-shoes-usa
Posted by: jimbit
2) Jenis: cecair "all natural" penjagaan kulit kasut Redwing
model: 95132
Kuantiti: 237 mililiter
Negara ASAL pengeluar: USA
Kandungan: cecair dari pohon pine

Keterangan: Ini adalah sejenis cecair penjagaan / "perapi" kasut PREMIUM keluaran Redwing Shoes USA, ia adalah ASLI. Cecair kasut ini dibuat khusus untuk pemilik kasut Redwing Shoes atau apa sahaja jenama untuk kasut yang diperbuat dari kulit haiwan. Cecair ini apabila digosokkan pada kasut kulit akan menyahkan air, ia sebenarnya mengelakkan kulit kasut anda dari menjadi terlalu kering yang menyebabkan permukaan kulit kasut menjadi merekah. Cecair ini melembapkan kulit serta menjadikan permukaan kulit kasut menjadi lembut. Seterusnya ia memanjangkan tempoh jangka hayat kasut dan memberi kesegaran berpanjangan. Untuk makluman cecair ini diperbuat dari campuran sejenis cairan dari ekstrak pokok Pine yang dikira bahan semulajadi terbaik untuk penjagaan kulit. Cecair kasut ini TIDAK mengandungi silikon atau bahan berasaskan petroleum. Cecair ini sangat disyorkan untuk mereka yang mencari cecair "merapi" kasut kulit PREMIUM semulajadi yang terbaik !!

Harga: RM 78.00

minyak-kasut-natural-redwingminyak kasut natural redwing shoes
Posted by: jimbit
1) Jenis: Set sudu Signum WMF
model: Signum 1900
Saiz hidangan: 6 orang
Jenis alatan dalam set: Sudu makan, garpu makan, pisau stik, sudu teh, garpu kek pencuci mulut (dessert)
material: besi tahan karat jenis Cromargan 18/10 (18% krom, 10% nikel dan 72% besi
Buatan: WMF Group, JERMAN

Keterangan: Ini adalah set TERBAIK keluaran WMF Group Jerman. Perusahaan WMF bermula semenjak tahun 1853 di Geislingen Jerman. Alatan WMF digunakan dengan meluas berkurun lamanya di hotel besar, restoran, majlis rasmi, syarikat penerbangan dan individu di seluruh dunia. Alatan WMF terkenal dengan penggunaan besi tahan karat gred terbaik Cromargan (18/10), alatan dalam set ini tampak berkilau, besinya sangat utuh / "SOLID", tidak mudah bengkok. Set ekslusif dan tampak moden ini dibuat untuk 6 orang, khusus buat mereka yang mahukan set sudu/garpu dari gred besi TERBAIK Jerman untuk kegunaan di hotel, restoran, majlis santapan rasmi, rumah dan mereka yang berminat menjadikan alatan sebegini sebagai koleksi kesayangan anda atau sebagai hadiah buat mereka yang istimewa. Jenama WMF mempunyai kualiti yang jauh mengatasi sudu/garpu di luar sana dan ia terbaik untuk anda sepanjang hayat !!

Harga: RM 720.00

set-sudu-garpu-signum-wmf-jermanset-sudu-garpu-signum-wmf-jermanset-sudu-garpu-signum-wmf-jerman
Posted by: jimbit
Saksikan video pisau lagenda dari besi terbaik Jerman ini !!

https://www.youtube.com/watch?v=WaqBP9hmFIs

video-pisau-cap-garpu-f_herder