/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for May 2016
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau lipat taktikal "WARTHOG" Ka-Bar
model: 3073
Panjang keseluruhan: 7.56 inci
panjang bilah: 3 inci
Material bilah: Besi 420 tahan karat
kekerasan bilah: 52 - 54 Rockwell
Material pemegang: besi gred G10
Berat: 136 gram
Fungsi: Bilah pisau separuh bergerigi, klip untuk poket
Warna: kelabu & kombinasi hitam

Keterangan: Pisau taktikal jenis lipat ini adalah ASLI, dihasilkan oleh Union Cutlery, sebuah perusahaan yang berpangkalan di Olean, USA. Jenama pisau KA-BAR sebenarnya banyak digunakan oleh tentera US sejak perang dunia ke 2, peperangan di Vietnam, perang Teluk dan beberapa lagi siri peperangan.
Pisau taktikal KA-BAR banyak digunakan oleh pasukan Tentera Marin US & Tentera Laut US sehingga ke hari ini.

Pemegang pisau ini diperbuat dari besi gred G10 yang sesuai untuk tugas taktikal dan memberi cengkaman jitu bila digenggam. Ia cukup sesuai sebagai E.D.C. untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/PGA/FRU/Paskal), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah/mountain bike atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga disyorkan untuk pengumpul barangan rare dan koleksi.

Harga: RM 146.00

pisau-lipat-warthog-ka-barpisau-lipat-warthog-ka-barpisau-lipat-warthog-ka-bar
Category: General
Posted by: jimbit
Gambar dari koleksi kami untuk tatapan peminat barangan taktikal / ketenteraan ketika berlangsungnya pameran DSA 2016 di Kuala Lumpur pada April 2016, untuk semua gambar sila layari:

http://khazanah.ded1.net/dsa2016

pameran DSA 2016 kuala lumpurpameran DSA 2016 kuala lumpurpameran DSA 2016 kuala lumpur

Category: General
Posted by: jimbit
Kepada semua, laman web kedua kami sekarang telah dihidupkan dan boleh dilayari dengan SSL & IPV6 / IPv4. Harap maklum.

https://niaga.ded1.ORG

ipv6-ded1.org

Demonstrasi pisau VICTORINOX oleh pelakon/model Shahrin Fuzi

Mari kita lihat pelakon dan model terkenal Malaysia menggunakan pisau chef Victorinox dari jenis hulu fibrox dan forged. Shahrin Fuzi sendiri berasa sungguh puas hati dan ceria sesangat, anda bagaimana ??

http://www.youtube.com/watch?v=E4-PBwWjQnM

pisau-victorinox-shahrin-fuzi

Sejenak bersama ded1 EMPIRE, VICTORINOX dan Artis

ded1 EMPIRE meluangkan masa bersama model iklan TV/pelakon Shahrin Fuzi untuk mencuba/merasai sendiri ketajaman pisau-pisau Victorinox di pinggir ibu kota hari ini. Beliau merupakan model iklan media elektronik/media cetak yang sedang meningkat naik. Antara iklan TV seperti Subway, Samsung, Pizza Hut dan banyak drama dan filem yang dibintanginya. Shahrin Fuzi suka Victorinox !! Anda bagaimana ??
shahrin-fuzi-bersama-ded1-empire-victorinox
nullnullnull
Category: 5.11 - topi
Posted by: jimbit
2) Jenis: topi celoreng "multicam" 5.11
model: 89434
saiz: -
warna: kombinasi hitam & celoreng
material fabrik: kanvas 8 oz. & polyester
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: China

Keterangan: Topi 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan produk keluaran 5.11 USA. Ia diperbuat dari fabrik terbaik kanvas 8 oz. untuk kegunaan harian anda sama ada ketika memandu, bekerja, beriadah, bersantai dalam pelbagai cuaca, ia melindungi kepala anda dari panas / embun dan menyejukkan kepala anda kerana separuh dari topi ini diperbuat dari fabrik polyester jenis berjaring. Warna celoreng pada bahagian hadapan topi dengan logo yang dijahit bertulis "5.11 Tactical" menyerlahkan gaya buat si pemakai / peminat barangan taktikal. Manakala corak pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama 5.11, dapatkan hari ini juga !

Harga: RM 75.00

topi-celoreng-5.11topi-celoreng-5.11topi-celoreng-5.11


2) Jenis: topi "flag bearer" 5.11
model: 89406
saiz: -
warna: biru gelap, kelabu
material fabrik: fabrik kapas 100%
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: China

Keterangan: Topi 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan produk keluaran 5.11 USA. Diperbuat dari fabrik terbaik kapas 100% untuk kegunaan harian anda sama ada ketika memandu, bekerja, beriadah, bersantai dalam pelbagai cuaca, dapat melindungi kepala anda dari panas / embun. Pada bahagian hadapan topi ini dijahit "velcro" agar anda dapat menampal sebarang jenis lencana disamping ia mempunyai logo kecil 5.11 pada bahagian sisinya. Topi ini kelihatan ringkas tetapi tampak bergaya dengan imej biasa. Warna fabrik topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur, merupakan aksesori khusus untuk mereka yang meminati jenama 5.11 dan produk taktikal, tunggu apa lagi ???

Harga: RM 115.00

topi-flag-5.11topi-flag-5.11topi-flag-5.11


Posted by: jimbit
1) Jenis: teropong kecil "Powerview" Bushnell
model: 131225
kuasa pembesaran: 12 x 25
Lensa: 25 mm
fokus terdekat: 7.6 meter
FOV: 240 kaki @ 1000 yards
Kanta prisma: BK-7
berat: 320 gram
ukuran: 4 x 2 x 2.8 inci
kalis air: tidak
warna: hitam

Keterangan: Ini merupakan teropong ASLI bersaiz kecil keluaran Bushnell Coporation yang diasaskan oleh David P. Bushnell pada tahun 1948 dan berpangkalan di Kansas, USA. Merupakan antara perusahaan yang terkenal dalam pembuatan teropong & teleskop berdekad lamanya. Teropong ini cukup ringan dan TERBAIK untuk kegunaan mereka ketika mengembara, memerhati hidupan liar / ketika konsert muzik. Walaupun ia kecil namun dapat menghasilkan imej yang cerah & terang di waktu siang sehingga 1000 meter. Teropong ini diperbuat dari bahan getah yang selesa & memberi cengkaman terbaik ketika dipegang. Ia didatangkan dengan sarung dan teropong ini boleh dilipat bila tidak digunakan. Ia sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/berkhemah/mountain bike/memancing/pengembara/pemandu kenderaan 4x4, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi. Bushnell....kualiti tanpa kompromi !!

Harga: (TIADA LAGI STOK!)

teropong-bushnell-powerviewteropong-bushnell-powerviewteropong-bushnell-powerview

Posted by: jimbit
1) Jenis: Jam tangan Maverick Sport Victorinox Swiss Army
Model: 241676.1
Material: besi tahan karat
Ukuran permukaan jam: 43 milimeter
Material tali jam: Nylon (NATO)
Lebar tali jam: 22 milimeter
Warna: kombinasi hitam & putih
Ketahanan air: 100 meter (sesuai untuk berenang / di permukaan air cetek)
Buatan: SWITZERLAND


Keterangan: Ini adalah jam tangan ASLI keluaran VICTORINOX Swiss Army, jenama yang menjadi kebanggaan Switzerland yang berpangkalan di Ibach semenjak tahun 1884 yang diasaskan oleh Karl Elsener. Ini adalah jam versi yang dibuat khas untuk peminat jenama Victorinox Swiss Army. Warna putih pada permukaan jam menyerlahkan gaya si pemakai dari jenama ini. Jam dari jenama ini telah terkenal berdekad lamanya dengan kualiti terbaik enjin buatan SWISS dan ketepatan masa.

Jarumnya akan bersinar di dalam gelap (selepas didedahkan sementara kepada sumber cahaya) dan ia mempunyai fungsi kalendar pada jam. Jam ini didatangkan dengan cermin kalis calar jenis sapphire crystal, tali jenis nylon NATO yang kelihatan segak buat si pemakai. Jam ini disyorkan untuk kegunaan anggota keselamatan / penguatkuasa dan juga peminat barangan taktikal / mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/memancing. Jenama yang menjadi sebutan & impian di serata dunia, dapatkan Victorinox Swiss Army ini hari ini !!

Harga: RM 1 135.00

jam-tangan-maverick-sport-victorinoxjam-tangan-maverick-sport-victorinoxjam-tangan-maverick-sport-victorinox
Category: SMITH&WESSON - jam
Posted by: jimbit
1) Jenis: Jam tangan "Military GS" Smith & Wesson
Model: SWW-1464-BK
Ukuran permukaan jam: 37.39 milimeter
Lebar tali jam: 19.73 milimeter
Material tali jam: kanvas
Material jam: besi tahan karat & plastik
Warna: hitam
Ketahanan air: 30 meter (tidak sesuai untuk aktiviti menyelam / seumpamanya!)

Keterangan: Jam ini adalah ASLI, dihasilkan dengan kerjasama antara Smith & Wesson dan Campco. Smith & Wesson adalah salah sebuah syarikat pengeluar senjata api terkemuka dari USA semenjak 1852 yang berpangkalan di Springfield, Massachusetts. Ini adalah jam versi yang dibuat istimewa untuk dipakai oleh anggota keselamatan / untuk orang awam. Jam ini mempunyai permukaan yang kecil, jadi ia sesuai untuk mereka yang mempunyai pergelangan tangan yang kecil & kurus. Ia didatangkan dengan 3 tali jenis kanvas dengan warna berlainan dan ia kelihatan ringkas untuk dipakai semasa bertugas / bersantai di mana jua.

Jarumnya akan bersinar di dalam gelap (selepas didedahkan sementara kepada sumber cahaya) dan ia mempunyai fungsi kalendar.
Jam ini didatangkan dengan cermin kalis calar & tali jenis nylon (3 warna). Jam ini disyorkan untuk kegunaan anggota keselamatan, penguatkuasa (Polis/APMM/RELA/Tentera/Imigresen/SMART/JPJ) dan juga peminat barangan taktikal / mereka yang terlibat dengan aktiviti luar. Anda mencari jam dari jenama unik dan nampak ringkas ? Dapatkan Smith & Wesson !

Harga: RM 343.00

jam-tangan-military-gs-smith&wessonjam-tangan-military-gs-smith&wessonjam-tangan-military-gs-smith&wesson


Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lipat PAZODA CRKT
model: 6480
Panjang keseluruhan (bila dibuka): 6.5 inci
Panjang keseluruhan (bila ditutup): 3.75 inci
panjang bilah: 2.62 inci
tebal bilah pisau: 0.1 inci
Berat: 90.71 gram
Jenis kunci: Frame Lock
Material bilah: Besi 8Cr14MoV
Material pemegang: Besi 2CR13
kekerasan bilah: 58-59 Rockwell
Warna: kombinasi hitam & kelabu
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: China

Harga: (TIADA LAGI !)

pisau-lipat-crkt-pazodapisau-lipat-crkt-pazodapisau-lipat-crkt-pazoda