/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::.
Posted by: jimbit
1) Jenis: kukur kelapa berukir penuh antik
Usia: Lebih 100 tahun !
material: kayu (tidak diketahui jenis) dan besi
Pembuat: tidak diketahui
Buatan: Malaysia
Asal: -

Keterangan: Ini ialah kukur kelapa antik / lama yang berukir indah dengan motif flora dengan ukiran tebuk timbul dan tembus dari bahagian kepala, kaki, badan dan ekornya dan dibuat kemas oleh tukang lama dari Malaysia. Kukur jenis ini dipercayai disimpan oleh golongan bangsawan dahulu di Tanah Melayu. Kukur kelapa ini digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman itu untuk mengkukur / mendapatkan isi buah kelapa untuk diambil santan yang merupakan bahan penting dalam masakan melayu. Kukur antik indah ini merupakan satu-satunya warisan tradisi yang masih tinggal pada hari ini. Ia sangat disyorkan untuk pengumpul barangan antik, kegunaan kedai / restoran / muzium atau sesiapa sahaja yang ingin memilikinya. Anda tidak akan dapat melihat hasil seni indah ini lagi jika ia musnah ditelan zaman !!

Harga: RM 5200.00

kukur-kelapa-ukiran-kayu-antikkukur-kelapa-ukiran-kayu-antikkukur-kelapa-ukiran-kayu-antik
Posted by: jimbit
1) Jenis: Jebak burung puyuh antik berukir
Usia: Lebih 100 tahun !
material: kayu (tidak diketahui jenis), besi dan jaring
Pembuat: tidak diketahui
Buatan: Malaysia
Asal: Pantai Timur Malaysia

Keterangan: Ini ialah jebak puyuh antik / lama yang berukir indah dengan motif flora dan fauna dengan ukiran tebuk tembus dan tebuk timbul dan dibuat kemas oleh tukang lama dari Malaysia. Ia disimpan oleh beberapa generasi turun temurun, dari rupa jebak ini, boleh dilihat betapa teliti & halusnya hasil kerjatangan tukang jebak dahulukala. Jebak puyuh ini digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman itu untuk menjerat burung puyuh yang menjadi hobi di waktu lapang masyarakat desa. Jebak ini merupakan satu-satunya warisan tradisi yang masih tinggal pada hari ini. Ia sangat disyorkan untuk pengumpul barangan antik, kegunaan kedai / restoran / muzium atau sesiapa sahaja yang ingin memilikinya. Anda tidak akan dapat melihat hasil seni indah ini lagi jika ia musnah ditelan zaman !!

Harga: RM 7000.00

jebak-burung-puyuh-antikjebak-burung-puyuh-antikjebak-burung-puyuh-antik