/> .::::::::Perniagaan Online ded1::::::::.
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah pisau lapah/daging F.HERDER
model: 1133-31,00
panjang: 31 cm atau 12.2 inci
bentuk besi pengasah: bulat
Material: besi 115CRV3
jenis pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
kadar asah: sederhana
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN


Keterangan: Besi pengasah / besi kilir ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623 dan berusia lebih 393 TAHUN !! telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Ia diperbuat dari campuran besi tumpat TERBAIK dari Jerman, khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau "membetulkan" mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau. Jika anda masih tercari-cari besi pengasah PREMIUM dengan tarikan magnet yang kuat pada hujung besi, jadikan jenama ini sebagai koleksi anda sepanjang hayat !

Harga: RM 149.00 - seunit

besi-asah-pisau-f.herder-solingenbesi-asah-pisau-f.herder-solingenbesi-asah-pisau-f.herder-solingen
Posted by: jimbit
6) Jenis: Pengasah pisau lapah/daging F.DICK
model: 7517130
panjang: 30cm atau 11.81 inci
bentuk besi pengasah: bulat
jenis pemegang: plastik
warna pemegang: MERAH
kadar asah: sederhana
Buatan: JERMAN

Keterangan: Besi pengasah / kilir ini dikeluarkan oleh F.DICK Jerman iaitu antara pembuat pisau terkemuka di Jerman. Ia diperbuat dari campuran besi tumpat TERBAIK dari Jerman, khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau haus mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau. Jika anda masih tercari-cari besi pengasah PREMIUM dengan mencari kelainan dan RARE, mengapa tidak mencuba produk teknologi Jerman ini ?

Harga: RM 198.00

besi-pengasah-sederhana-f.dick-jermanbesi-pengasah-sederhana-f.dick-jermanbesi-pengasah-sederhana-f.dick-jerman
Posted by: jimbit
2) Jenis: Batu asah / Whet Stone
Ukuran: 20 x 5 x 2.5 cm
kadar asah: kasar dan sederhana
Grit: 360 dan 1000
Buatan: JERMAN

Keterangan: Batu pengasah ini adalah dari gred terbaik yang mempunyai 2 jenis kadar asahan; kasar dan sederhana. Batu asah ini dikeluarkan oleh F.DICK Jerman iaitu antara pembuat pisau terkemuka di Eropah. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Batu ini didatangkan dengan tapak alas jenis getah dibawahnya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Ia sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau haus mata bilahnya atau juga sebagai batu pengasah untuk melicinkan dan "membentuk" mata pisau anda. Jika anda masih tercari-cari batu asah PREMIUM dengan mencari kelainan dan RARE, mengapa tidak mencuba batu asah keluaran Jerman ini ??

Harga: RM 188.00

batu-asah-f.dick-jermanbatu-asah-f.dick-jermanbatu-asah-f, dick-jerman