1) Jenis: parang hutan BEAR GRYLLS x Gerber
model: GB-31-002072
Panjang: 9.34 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 15.08 inci
Berat: 385.6 gram
Material pemegang: plastik Polypropylene (anti licin)
Material: Besi 1055 Carbon Steel

Warna: kelabu & oren
Keluaran: Gerber Legendary Blades, Inc.

Keterangan: Ini ialah parang hutan ASLI yang digunakan dalam rancangan TV berunsurkan alam semulajadi/pengembaraan "Man vs Wild" yang disiarkan di seluruh dunia. Ia adalah keluaran Gerber Legendary Blades, Inc. yang merupakan pengeluar pisau/alatan aktiviti luar yang berpusat di Oregon, USA yang bermula sejak 1939. Produk ini mendapat kerjasama Bear Grylls, rancangan TV ini dijayakan oleh Edward Michael "Bear" Grylls yang mempunyai latarbelakang tentera, menyertai pelbagai aktiviti luar berunsurkan alam semulajadi seperti mendaki gunung, menyelam, berkhemah dan sebagainya. Parang Gerber x Bear Grylls ini mendapat inspirasi dari parang yang digunakan oleh penduduk di pedalaman di Nusantara, ia khusus untuk kegunaan di hutan untuk tugas menebas ranting / semak samun / menebang pokok bersaiz sederhana. Terbaik untuk mereka yang gemar aktiviti luar; memburu/mendaki/berkhemah/memancing/pemikat burung/pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah, juga bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi. Dapatkan segera, kerana anda mungkin memerlukannya kelak !!

Harga: RM 259.00 - seunit

parang-bear-grylls-gerberparang-bear-grylls-gerberparang-bear-grylls-gerber