/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for January 2016
Posted by: jimbit
1) Jenis: minyak "mink oil" mengilat kasut Redwing Shoes - versi "Warisan"
model: 97105
Kuantiti: 85 gram
Kandungan: lanolin dan silikon
Buatan: USA

Keterangan: Ini adalah sejenis minyak pengilat kasut PREMIUM keluaran Redwing Shoes USA, ia adalah ASLI. Ini adalah versi "Warisan" yang didatangkan dalam bekas tin yang kecil dan comel berwarna putih/merah sama seperti bekas asal REDWING berdekad lamanya. Pengilat kasut ini dibuat khusus untuk pemilik kasut Redwing Shoes atau apa sahaja jenama untuk kasut yang diperbuat dari kulit haiwan. Minyak ini apabila digosokkan pada kasut kulit akan membantu menjaga ketahanan, membersihkan, melembut serta merapikan dan yang paling menarik sekali ia membuatkan kasut kulit anda seolah-olah kalis air. Minyak ini diperbuat dari campuran silikon dan lanolin iaitu sejenis lilin pada bulu kambing biri-biri yang diketahui menyahkan air pada bulunya. Minyak pengilat ini adalah sangat disyorkan untuk mereka yang masih tercari-cari pengilat kasut terbaik untuk barangan kesayangan anda. Dapatkan hari ini !!

Harga: RM 76.00

minyak kilat kasut Redwingminyak kilat kasut Redwingminyak kilat kasut Redwing



1) Jenis: cecair "all natural" tin penjagaan kulit kasut Redwing
model: 97103
Kandungan: cecair dari pohon pine & minyak mink
Kuantiti: 237 mililiter
Buatan: USA

Keterangan: Ini adalah sejenis cecair penjagaan / "perapi" kasut PREMIUM keluaran Redwing Shoes USA, ia adalah ASLI. Ia didatangkan dalam bekas tin yang kecil dan comel, sama seperti bekas asal REDWING berdekad lamanya. Cecair kasut ini dibuat khusus untuk pemilik kasut Redwing Shoes atau apa sahaja jenama untuk kasut yang diperbuat dari kulit haiwan jenis "Harness", "Oil Slick", "Legacy" dan "Oro-iginal". Cecair ini apabila digosokkan pada kasut kulit akan menyahkan air, ia sebenarnya mengelakkan kulit kasut anda dari menjadi terlalu kering yang menyebabkan permukaan kulit kasut menjadi merekah. Cecair ini melembapkan kulit serta menjadikan permukaan kulit kasut menjadi lembut. Seterusnya ia memanjangkan tempoh jangka hayat kasut dan memberi kesegaran berpanjangan. Untuk makluman cecair ini diperbuat dari campuran sejenis cairan dari ekstrak pokok Pine yang dikira bahan semulajadi terbaik untuk penjagaan kulit. Cecair kasut ini TIDAK mengandungi silikon atau bahan berasaskan petroleum. Cecair ini khas untuk mereka yang tercari-cari bahan "merapi" kasut kulit PREMIUM semulajadi yang terbaik dari REDWING SHOES !!

Harga: RM 116.00

minyak-kasut-natural-tin-redwingminyak-kasut-natural-tin-redwingminyak-kasut-natural-tin-redwing
Posted by: jimbit
1) Jenis: Baju leher bulat Redwing Shoes
model: 95338
GSM: 204
saiz: S, M, L, XL, XXL (Asia)
warna: merah
material fabrik: 100% kapas "soft-spun" 6.1 oz
Buatan: Haiti
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Baju kolar bulat ini adalah ASLI, dikeluarkan oleh Redwing Shoes USA dengan kerjasama HANES. Redwing Shoes merupakan pembuat kasut but terkenal dari USA semenjak 1905. Fabriknya diperbuat menggunakan kapas 100% terbaik 6.1 oz "soft spun" yang lembut dan berkualiti tinggi setanding dengan jenama mahal. Baju ini mempunyai logo REDWING kecil di bahagian hadapan atas sebelah kiri yang mana ia disulam dan dijahit dengan rapi. Baju ini tahan lasak dan tidak menggeleber dan tidak pudar warna walaupun dibasuh berkali-kali menggunakan tangan atau mesin basuh. Baju ini berwarna merah menyala yang cukup terang dan menarik perhatian, ia sangat disyorkan buat peminat produk jenama Redwing Shoes yang tidak mengenal erti jemu !!

Harga: RM 95.00

baju-merah-tshirt-redwing-shoes
baju-merah-tshirt-redwing-shoes
baju-merah-tshirt-redwing-shoes


Posted by: jimbit
1) Jenis: Berus kasut Redwing
model: 97106
Saiz: 17.3 x 5.8 sentimeter
Buatan: USA
Jenis bulu berus: bulu kuda
Jenis pemegang: kayu

Keterangan: Ini adalah berus untuk kasut ASLI keluaran Redwing Shoes USA. Bulu berus ini diperbuat dari bulu kuda berkualiti tinggi sepenuhnya, manakala pemegangnya daripada sejenis kayu terbaik. Berus ini boleh digunakan untuk membuang debu dan kotoran ringan yang terlekat pada permukaan kasut Redwing anda atau dari sebarang jenama, atau boleh juga digunakan pada jaket kulit jua. Berus kayu ini tampak klasik dan elegan hasil kerjatangan teliti pekerja mahir Amerika, dapatkan berus terbaik Redwing ini jika anda menyayangi kasut / barangan anda umpama "menatang minyak yang penuh" !!! Produk ini sangat disyorkan buat peminat barangan asli Redwing Shoes.

Harga: RM 76.00

berus kasut Redwingberus kasut Redwingberus kasut Redwing
Posted by: jimbit
2) Jenis: cecair "all natural" penjagaan kulit kasut Redwing
model: 95132
Kuantiti: 237 mililiter
Negara ASAL pengeluar: USA
Kandungan: cecair dari pohon pine

Keterangan: Ini adalah sejenis cecair penjagaan / "perapi" kasut PREMIUM keluaran Redwing Shoes USA, ia adalah ASLI. Cecair kasut ini dibuat khusus untuk pemilik kasut Redwing Shoes atau apa sahaja jenama untuk kasut yang diperbuat dari kulit haiwan. Cecair ini apabila digosokkan pada kasut kulit akan menyahkan air, ia sebenarnya mengelakkan kulit kasut anda dari menjadi terlalu kering yang menyebabkan permukaan kulit kasut menjadi merekah. Cecair ini melembapkan kulit serta menjadikan permukaan kulit kasut menjadi lembut. Seterusnya ia memanjangkan tempoh jangka hayat kasut dan memberi kesegaran berpanjangan. Untuk makluman cecair ini diperbuat dari campuran sejenis cairan dari ekstrak pokok Pine yang dikira bahan semulajadi terbaik untuk penjagaan kulit. Cecair kasut ini TIDAK mengandungi silikon atau bahan berasaskan petroleum. Cecair ini sangat disyorkan untuk mereka yang mencari cecair "merapi" kasut kulit PREMIUM semulajadi yang terbaik !!

Harga: RM 86.00

REDWING minyak kilat kasutREDWING minyak kilat kasut