1) Jenis: Pisau belati klasik F.HERDER
model: 0095-18,00
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu pohon Ceri (sejenis kayu keras)
material: besi KARBON ConstantSteel - oleh ThyssenKrupp
Kekerasan: 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau jenis ini merupakan keluaran dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, pisau ini diperbuat dari besi khas TERBAIK dipanggil "ConstantSteel" yang mempunyai tarikan magnet, dihasilkan oleh ThyssenKrupp, konglomerat besi terkemuka Jerman. Ini adalah model / bentuk yang mula-mula diperkenalkan di Nusantara sejak lebih 200 tahun silam !! Ia dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen cukup terkenal berdekad lamanya dengan penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan pelbagai jenis senjata. Ia memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menghiris bawang, sayur, buah, daging / menyembelih haiwan kecil; ayam/burung/pelanduk/kambing. Kepada para peminat/pengumpul koleksi pisau di serata pelusuk alam, Ini adalah jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Ayuh dapatkan SEPANTAS MUNGKIN kerna waktu tidak menunggu anda walau sesaat !!

Harga: RM 164.00 - SEBILAH (STOK HABIS !)


pisau-klasik-18cm-cap-garpu-f.herderpisau-klasik-18cm-cap-garpu-f.herderpisau-klasik-18cm-cap-garpu-f.herder