1) Jenis: Jam tangan "Military GS" Smith & Wesson
Model: SWW-1464-BK
Ukuran permukaan jam: 37.39 milimeter
Lebar tali jam: 19.73 milimeter
Material tali jam: kanvas
Material jam: besi tahan karat & plastik
Warna: hitam
Ketahanan air: 30 meter (tidak sesuai untuk aktiviti menyelam / seumpamanya!)

Keterangan: Jam ini adalah ASLI, dihasilkan dengan kerjasama antara Smith & Wesson dan Campco. Smith & Wesson adalah salah sebuah syarikat pengeluar senjata api terkemuka dari USA semenjak 1852 yang berpangkalan di Springfield, Massachusetts. Ini adalah jam versi yang dibuat istimewa untuk dipakai oleh anggota keselamatan / untuk orang awam. Jam ini mempunyai permukaan yang kecil, jadi ia sesuai untuk mereka yang mempunyai pergelangan tangan yang kecil & kurus. Ia didatangkan dengan 3 tali jenis kanvas dengan warna berlainan dan ia kelihatan ringkas untuk dipakai semasa bertugas / bersantai di mana jua.

Jarumnya akan bersinar di dalam gelap (selepas didedahkan sementara kepada sumber cahaya) dan ia mempunyai fungsi kalendar.
Jam ini didatangkan dengan cermin kalis calar & tali jenis nylon (3 warna). Jam ini disyorkan untuk kegunaan anggota keselamatan, penguatkuasa (Polis/APMM/RELA/Tentera/Imigresen/SMART/JPJ) dan juga peminat barangan taktikal / mereka yang terlibat dengan aktiviti luar. Anda mencari jam dari jenama unik dan nampak ringkas ? Dapatkan Smith & Wesson !

Harga: RM 343.00 (STOK HABIS !)

jam-tangan-military-gs-smith&wessonjam-tangan-military-gs-smith&wessonjam-tangan-military-gs-smith&wesson