2) Jenis: Jaket taktikal fleece 5.11
model: 48038
saiz: S, M
warna: biru gelap & hitam
Material fabrik: Polyester & nylon
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam

Keterangan: Jaket taktikal jenis fleece ini dari fabrik tebal jenis polyester dan nylon adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama produk yang dibekalkan kepada tentera US, Polis, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Jaket ini TERBAIK untuk mengurangkan kesejukan akibat dari cuaca di luar dan ia sebenarnya jaket yang kalis angin. Jaket ini didatangkan dengan poket tersembunyi pada bahagian dalam di bahagian dada (kiri & kanan) berserta poket berzip di bahagian lengan dan juga bahagian hadapan jaket. Poket yang dibuat khusus untuk menyimpan pistol/walkie talkie/pen/buku nota/peralatan peribadi anda. Menariknya pula, pada bahagian bahu didatangkan dengan penyangkut mikrofon untuk mereka yang bertugas semasa operasi taktikal. Fabrik pada kolar, bahu dan bahagian siku adalah lebih tebal dan kemas untuk tugas lasak. Fabrik jaket ini tidak pudar dan tahan lasak. Ia boleh dipakai ketika sebarang jenis cuaca (sejuk/panas/basah) sama ada ketika sebarang operasi dan untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/pengembara/menunggang motorsikal/memandu. Jaket ini telah diuji dan disyorkan oleh NTOA (pertubuhan kakitangan taktikal). Anda akan merasai kelainan dikala memakai jaket taktikal fleece ini, ia bukan calang-calang jaket kebiasaan !!

Harga: RM 457.00

jaket-fleece-taktikal-5.11jaket-fleece-taktikal-5.11jaket-fleece-taktikal-5.11