1) Jenis: Pisau dapur/chef "mutiara" F.DICK
model: 8144721B (model WorldChefs)
panjang: 21 cm atau 8.26 inci (panjang bilah)
pemegang: polikarbonat bersalut MUTIARA !
material: besi tempa X50CRMoV15 bersalut bahan anti lekat

kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Pisau dapur istimewa siri "World Chefs" jenis ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Siri ini mendapat sentuhan dan dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Chef Sedunia (WACS) yang ditubuhkan pada 1928 di Paris dan mempunyai lebih 100 persatuan chef dari seluruh dunia berserta ahli melebihi 8 juta orang terdiri dari chef profesional dari serata pelusuk dunia !!
Pisau dari siri "WORLD CHEFS" merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau F.DICK dengan bilah jenis FULL TANG. Bilah pisau ini melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis DITEMPA berbanding pisau model biasa yang dipotong laser.
Bilah dan hulu model ini cukup ISTIMEWA; bilahnya bersalut sejenis bahan khas berwarna hitam (selamat untuk makanan) yang bertindak sebagai ejen anti lekat manakala hulunya bersalut MUTIARA yang membuatkan pisau ini tampak elegan dan mewah yang berada di dalam kelasnya tersendiri. Pisau ini TERBAIK untuk tugas merincik/memotong sayur, buah, bawang/makanan.
Pisau ini didatangkan dengan buku panduan berserta kotak pembungkusan yang menarik.
Ini adalah koleksi pisau RARE dan jarang didapati di pasaran. Dapatkan segera buat mereka yang dambakan ciptaan pisau khusus untuk peminat.
Kelebihan pisau siri "WORLD CHEFS" ini ialah:
- bilah bersalut bahan khas yang anti lekat
- besi pisau dari jenis tempa iaitu besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik.
- hulu pisau disaluti MUTIARA yang kemas dan tampak mewah dan tersendiri.

Harga: RM 524.00 (TIADA STOK !)


pisau dapur hulu mutiara f.dickpisau dapur hulu mutiara f.dickpisau dapur hulu mutiara f.dick