Kami bermula sebagai sebuah entiti kecil sejak tahun 2011, bertapak secara dalam talian di Malaysia. Penubuhan ded1 EMPIRE sebenarnya mendapat inspirasi kerana ingin menjadikan produk tulen berkualiti sebagai mampu milik, untuk semua pengguna tanpa mengira pangkat dan latarbelakang. Pada awalnya kami melihat produk demikian agak mahal dan agak sukar didapati di pasaran Malaysia. Ramai yang berkeinginan memiliki produk tulen tetapi disebabkan kekangan berkenaan, hasrat mereka telah terbantut.

ded1 EMPIRE terlibat secara langsung dalam perniagaan peruncitan & pemborong. Ejen bagi pelbagai produk impot TULEN dari pelbagai jenama — VICTORINOX (pisau/kelengkapan lain), pisau lagenda F.HERDER (cap garpu/cap daun terup), barangan automotif HELLA, pisau taktikal CRKT, pisau taktikal SMITH&WESSON, peralatan STANLEY, pisau SWIBO-Victorinox, pisau F.DICK, pisau ICEL, pakaian FRUIT OF THE LOOM, Barangan taktikal 5.11, lampu suluh Brite Strike, lampu suluh SUREFIRE, barangan COLEMAN, sarung tangan MECHANIX WEAR, batu asah Jepun Tojiro dan King, minyak enjin BELRAY, pinggan mangkuk NIKKO/PATRA, peralatan dapur WMF, perkakas elektrik APC, pakaian DICKIES, dan barangan antik. Setakat hari ini kami telah menjual dan mempunyai pelanggan dari seluruh pelusuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina dan Arab Saudi.

Untuk melaporkan / membuat aduan / kemusykilan / pertanyaan / apa sahaja perkara berkaitan ded1 EMPIRE menggunakan sistem tiket ded1 EMPIRE sila klik https://bantu.ded1.de

Back to Top