Sold out

Out of stock

Sku: 8159R18,00

1) Jenis: Pisau siri klasik 7″ F.HERDER
model: 8159R18,00
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
warna pemegang: hitam dengan separuh tembaga
material: besi tahan karat “ConstantINOX” – oleh ThyssenKrupp
Kekerasan: 57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau siri klasik dengan bilah lurus ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi. Bilah pisau ini diperbuat dari besi khas TERBAIK dipanggil “ConstantINOX” yang tahan karat, dihasilkan oleh ThyssenKrupp, konglomerat besi terkemuka Jerman. Pada pangkal hulunya / “temin” disarungkan tembaga yang berkilauan. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau”. Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623 dan berusia lebih 393 TAHUN !! telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama “Tjap Garpu” dengan logo garpu / daun terup / dipanggil “cap spade”.
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan KETAJAMAN besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong/menyiang ketulan daging/hasil laut/makanan atau bahan makanan lain malah cukup tajam untuk tugas menyembelih haiwan kecil. Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata dunia. Ini adalah jenama pisau yang RARE dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. F.HERDER lambang keaslian pisau Solingen !!

Weight 0.4 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pisau siri klasik 7″ F.HERDER”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top