Sold out

RM431.00

Out of stock

Sku: 8172220

Out of stock

1) Jenis: pisau dapur “AJAX” Red Spirit F.DICK
model: 8172220
panjang: 8 inci (panjang bilah)
tebal bilah: 3 milimeter
pemegang: plastik polypropylene anti licin
material: besi X55CrMo14 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Pisau dapur bilah UNIK ini merupakan model TERBARU 2020 diberi nama “AJAX”, dari siri RED SPIRIT ini digelar sumber inspirasi “roh merah” dan sumber kekuatan untuk anda sebagai peminat/pengumpul pisau dari siri TERBAIK buatan Jerman. Beberapa model pisau siri “RED SPIRIT” tercalon dalam Anugerah Rekabentuk Jerman dan merupakan antara keluaran TERBAIK F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.
Pisau siri RED SPIRIT ini dihasilkan sebagai menghargai seni pertukangan Asia yang penuh dengan nilai seni dan artistik yang penuh misteri. MERAH melambangkan hawa nafsu, cinta dan semangat yang membara dan kerana oleh itulah terhasilnya siri RED SPIRIT ini. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris / merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Ia TIDAK boleh digunakan untuk menetak tulang / benda keras kerana bilahnya adalah jenis nipis.
Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau yang jarang didapati di pasaran & RARE ciptaan khusus dambaan para PEMINAT/PENGUMPUL pisau terbaik serata dunia.

Kelebihan pisau siri RED SPIRIT ini ialah:
– kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
– besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan teliti oleh pekerja mahir Jerman
– pemegang pisau plastik polimer yang cukup selesa dan tampak mewah dan jitu
– pemegang pisau yang utuh dan sangat selesa untuk mereka yang mempunyai tapak tangan bersaiz besar
– Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Weight 400 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “F.DICK – pisau dapur “AJAX” RED SPIRIT (JERMAN)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product