Sold out

RM260.00

Out of stock

Sku: 8159-15,50

Out of stock

1) Jenis: Pisau siri klasik F.HERDER
model: 8159-15,50
panjang: 15.5 cm atau 6.10 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
warna pemegang: hitam
material: besi karbon ConstantSteel & tembaga pada temin
Kekerasan: 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau siri klasik dengan bilah lurus ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi. Bilahnya diperbuat dari besi karbon khas TERBAIK dipanggil “ConstantSteel”, dihasilkan oleh ThyssenKrupp, konglomerat besi terkemuka Jerman.. Pada pangkal hulunya / “temin” disarungkan tembaga yang berkilauan. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau”. Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623 dan berusia lebih 393 TAHUN !! telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama “Tjap Garpu” dengan logo garpu / daun terup / dipanggil “cap spade”.
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan KETAJAMAN besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong/menyiang ketulan daging/ikan/sayuran atau bahan makanan lain malah cukup tajam untuk tugas menyembelih haiwan bersaiz kecil. Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata dunia. Keluar seperti tagar, berdengung seperti kumbang !!

NOTA: Bilah pisau ini diperbuat dari besi KARBON yang mudah karat, pastikan sentiasa dalam keadaan kering sebelum disimpan dan minyakkan ia selalu.

Harga: RM 260.00 ** – sebilah

Weight 200 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “F.HERDER – pisau klasik 6 inci CAP GARPU (Solingen,JERMAN)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top