Sold out

RM512.00

Out of stock

Sku: barlow large

Out of stock

1) Jenis: beg galas BARLOW Herschel
model: barlow large
Ukuran: 19 x 11 x 7 inci
Muatan: 27 liter
berat: 708 gram
warna: merah hati
Jumlah ruang: 6
material fabrik: 210D Nylon kalis air tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: Herschel Supply Co., Vancouver, Kanada
Buatan: Vietnam

Keterangan: Ini adalah beg galas dipanggil “BARLOW” keluaran ASLI dari Herschel Supply Company yang berpusat di Vancouver, Kanada. Entiti ini diasaskan oleh Lyndon dan Jamie Cormack pada tahun 2009. Nama Herschel diambil sempena sebuah perkampungan terpencil Saskatchewan Kanada yang merupakan tempat asal pengasasnya. Produk utama jenama ini adalah pelbagai jenis beg yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti fabriknya yang tahan lasak dan mempunyai warna yang menarik hati. Jenama Herschel pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat beg & “streetwear” dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama antaranya Hilary Duff, Natalie Portman, Megan Fox, Emma Roberts dan ramai lagi.
Fabrik beg dari warna merah hati menyerlahkan gaya di pemakai tatkala di kota dan di rimba raya, fabriknya dari jenis Nylon 210D adalah tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Manakala keseluruhan klip beg menggunakan jenama Duraflex yang cukup berkualiti yang cukup kukuh serta tidak mudah retak / patah seperti jenama kebiasaan lain. Jahitan dan buatan keseluruhan beg ini dibuat dengan rapi dengan kawalan kualiti yang ketat dari pihak Herschel Supply Company yang tidak berkompromi soal berkenaan.
Ia boleh digunakan untuk ke tempat kerja, mengembara, mendaki gunung, ke sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Di dalamnya terdapat ruang untuk memasukkan komputer riba sehingga bersaiz 15 inci manakala dibawahnya didatangkan bersama kelambu hujan yang kalis air manakala di bahagian kiri & kanan beg terdapat poket untuk meletak barangan anda.

Weight 600 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “HERSCHEL – beg galas MERAH (ASLI)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top