1) Jenis: Pisau sembelih hulu kayu F.HERDER
model: 0347-31
panjang: 31 cm atau 12.20 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Black Nut (kayu keras)
warna pemegang: coklat
material: besi tahan karat X46CR13
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau sembelih keluaran TERBARU dengan hulu kayu "Black Nut" ini adalah sebagai menghargai sokongan peminat pisau di Gugusan Nusantara. Black Walnut merupakan sejenis kayu keras yang merupakan tumbuhan asal di Utara Amerika dengan urat kayu yang kasar. Pisau ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN.
Bandar Solingen telah dikenali berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Ia memulakan perusahaan pada tahun 1623 dan telah memasuki pasaran di Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menyembelih haiwan; lembu, kerbau, seladang, dan khusus untuk pengusaha/penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan. SANGAT DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata pelusuk Nusantara. Ini adalah jenama pisau yang "RARE" dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Buat peminat pisau yang dambakan HULU KAYU, ini adalah model pisau yang dibuat KHAS untuk anda yang merupakan penghargaan abadi dari kilangnya di Solingen !!

Harga: RM 211.00 - SEBILAH

nullnullnullnull