1) Jenis: Pengasah "CAP MATA" Carl Schlieper
panjang: 29.5cm
bentuk besi pengasah: bulat
material: -
jenis pemegang: kayu
kadar asah: sederhana
Buatan: CARL SCHLIEPER Gmbh & Co. Kommanditgesellschaft, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pengasah pisau / besi kilir jenis batang ini adalah dari jenama terkenal Carl Schlieper, jenama lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi. Pengasah ini adalah stok KELUARAN LAMA tahun 1980an yang telah PUPUS dan tiada lagi di pasaran !! Jenama ini telah bertapak di Nusantara sejak abad ke 18 lagi. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Ia telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo, Thailand) pada tahun 1754 !! oleh Carl Schlieper Stahlwarenfabrik & Export. Diperkenalkan dengan jenama Carl Schlieper atau lebih dikenali dengan nama "CAP MATA".
Pengasah ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan besi terbaik Solingen, JERMAN. Besinya cukup padu dan berat malah tarikan magnet pada besi ini cukup kuat berbanding jenama lain keluaran terbaru. Pengasah khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau "membetulkan" mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau. Peminat pisau disyorkan memilikinya kerana ia adalah SANGAT RARE dan telah PUPUS di pasaran hari ini !! Jadikan ia khazanah peribadi anda hingga ke hujung nyawa.

Harga: RM 800.00 - SEBATANG

pengasah pisau CAP MATA CARL SCHLIEPER Jermanpengasah pisau CAP MATA CARL SCHLIEPER Jermanpengasah pisau CAP MATA CARL SCHLIEPER Jermanpengasah pisau CAP MATA CARL SCHLIEPER Jerman