1) Jenis: Pisau daging/sembelih F.HERDER
model: 8688-21,00
panjang: 21 cm atau 8.26 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik polimer Polyolefin
warna pemegang: hijau
material: besi tahan karat X46CR13
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN


Keterangan: Pisau dengan bilah lurus bersaiz bilah 8.26 inci ini adalah untuk tugas menghiris daging, ia adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN dari siri pisau "DON CARLOS". Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaan ini bermula semenjak tahun 1623 dan telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong/menyiang ketulan daging kambing/lembu/kerbau/rusa/ikan/udang/sotong atau bahan makanan lain malah TERBAIK juga untuk tugas menyembelih haiwan seperti rusa, kambing, kibas, kijang, biri-biri, ayam, itik, burung dan sebagainya. Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata dunia. Ini adalah jenama pisau yang RARE dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. F.HERDER lambang keaslian pisau Solingen !!

Harga: RM 111.00 - SEBILAH (STOK HABIS !)

pisau daging F.HERDER cap garpupisau daging F.HERDER cap garpupisau daging F.HERDER cap garpu