Sold out

RM345.00

Out of stock

Sku: 155448C

Out of stock

Compare

1) Jenis: kasut All Star “black label Counter Climate” Converse
model: 155448C
STATUS: baru
saiz: 7 US / 7 UK
warna: hitam
material: kapas organik 12 oz., kulit sintetik fabrik Counter Climate, alas kaki “Ortholite”

Keterangan: Kasut ini adalah ASLI, keluaran dari Converse Rubber Shoe Company Inc., merupakan pengeluar kasut lagenda ditubuhkan pada tahun 1908 di Massachusetts, USA. Model ini dikeluarkan semula sempena memperingati kegemilangan kasut Converse “black label” di era 1970an yang menjadi rebutan anak muda pada ketika itu di serata dunia !! Untuk makluman, kasut Converse “Black label” merupakan versi PREMIUM yang dinaiktaraf dari segi kualiti dan
material yang digunakan. Keseluruhan kasut ini menggunakan fabrik kapas organik 12 oz. yang lebih tebal dan terbaik jadi ia lebih tahan lasak dan tahan lebih lama, manakala pada bahagian dalam dilapisi kulit sintetik agar tidak menyerap air & tidak basah disebabkan itu digelar siri Counter Climate.

Alas dalam bahagian kaki menggunakan teknologi “Ortholite” yang lebih tebal, lebih selesa, menyerap hentak, menyahkan kelembapan dan menyejukkan bahagian dalaman. Komponen getah pada kasut menggunakan getah lebih berkualiti & berkilat. Lubang pada tali menggunakan bahan nickel dan talinya pula dari fabrik yang lebih tebal. Perbezaan ketara Converse ini adalah label berwarna hitam pada belakang tumit kasut yang mempunyai 3 bintang dengan tulisan “Converse All Star Chuck Taylor” iaitu sama seperti pada keluaran Converse di tahun 1970an lampau. Pada bahagian dalam lidah kasut juga dicetak label nama pemilik kasut.
Ini merupakan model keluaran TERHAD dan RARE serta jarang didapati di pasaran. Model ini dibuat khusus buat peminat kasut Converse / peminat kasut RARE untuk dijadikan koleksi hingga ke penghujung usia !!

Weight0.8 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “kasut All Star “black label Counter Climate” Converse”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top