Sold out

RM507.00

Out of stock

Sku: 8145618B (model WorldChefs)

Out of stock

1) Jenis: Pisau dapur “mutiara” F.DICK
model: 8145618B (model WorldChefs)
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: polikarbonat bersalut MUTIARA !
material: besi tempa X50CRMoV15 bersalut bahan anti lekat

kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Pisau dapur unik dari model “World Chefs” keluaran F.DICK, pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Model pisau yang mendapat sentuhan dan dikeluarkan hasil kerjasama Persatuan Chef Sedunia (WACS) yang ditubuhkan pada 1928 di Paris dan mempunyai lebih 100 persatuan chef dari seluruh dunia berserta ahli melebihi 8 juta orang terdiri dari chef profesional dari serata pelusuk dunia !!
Pisau dari siri “WORLD CHEFS” merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau F.DICK dengan bilah jenis FULL TANG. Bilah pisau ini melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis DITEMPA berbanding pisau model biasa yang dipotong laser.
Bilah pisau serta hulu model ini begitu ISTIMEWA; bilahnya bersalut sejenis bahan khas berwarna hitam (selamat untuk makanan) yang berfungsi sebagai anti lekat, pemegangnya pula disalut MUTIARA yang menjadikan pisau ini tampak elegan dan mewah, berada di dalam kelasnya tersendiri. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menghiris, merincik, memotong sayur, buah, makanan.
Pisau ini didatangkan dengan nota bersama kotak pembungkusan yang kemas.
Ini adalah koleksi pisau RARE dan jarang didapati di pasaran.

Kelebihan pisau siri “WORLD CHEFS” ini ialah:
– bilah bersalut lapisan khas yang anti lekat
– besi pisau dari jenis tempa iaitu besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik dari Jerman.
– hulu pisau disaluti MUTIARA yang kemas dan tampak mewah dan tersendiri.

Weight 400 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “F.DICK – Pisau dapur “hulu mutiara” 7 inci”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top