Sold out

RM580.00

Out of stock

Out of stock

1) Jenis: Pisau lipat Fox FKMD X GGK
model:
Panjang keseluruhan: 8.26 inci
panjang bilah: 3.74 inci
Jenis logam bilah: N690Co Cobalt Vanadium tahan karat
tebal bilah: 3 milimeter
Kekerasan: 58 – 60 Rockwell
Logam pemegang: Besi gred G10
Jenis pengunci: Linerlock
Berat: 130 gram
Warna: hitam
Buatan: Oreste Frati S.r.l., Maniago, Itali

Keterangan: Pisau taktikal jenis lipat ini adalah ASLI, merupakan jenama di bawah FOX FKMD dan dibuat khusus untuk kegunaan tentera. Oreste Frati S.r.l. mengeluarkan jenama pisau untuk kegunaan awam menggunakan jenama FOX manakala untuk kegunaan tentera di bawah jenama FKMD (Fox Knives Military Division) yang diasaskan pada 2005. Jenama FOX mula membekalkan pisau untuk kegunaan tentera Itali sejak tahun 1982 semasa operasi PBB di Lubnan dan selepas itu mula mendapat permintaan dari pelbagai agensi keselamatan dan unit khas dari serata dunia. FKMD juga merupakan pembekal pisau berdaftar untuk pertubuhan NATO di bawah kod AG180. 

Ini merupakan pisau stok lama yang dibuat KHAS untuk wira tak didendang Pasukan Komando Angkatan Tentera Malaysia (Grup Gerak Khas) — pasukan elit yang disegani ramai kerana kesanggupan mereka melakukan pelbagai bentuk operasi taktikal di mana jua. Bilahnya berlogo unit komando GGK dari jenis separuh bergigi memudahkan anda memotong tali yang kasar, jaring dan ranting pokok atau fabrik kasar. Ia cukup berguna/sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga disyorkan untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi sepanjang usia !

Weight 199 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “FKMD X GGK – pisau lipat taktikal (Itali)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top