Sold out

RM133.00

Out of stock

Sku: duplex

Out of stock

1) Jenis: Pengasah pisau Duplex ISTOR
model: duplex
panjang: 19 sentimeter
material mata asah: aloi karbida dan BERLIAN
berat: 200 gram
kadar asah: sederhana
Buatan: ISTOR AG, Frauenfeld, Switzerland

Keterangan: Pengasah unik ini di keluarkan oleh Istor AG dengan kerjasama antara FELCO SA yang merupakan pengeluar alatan berkebun lagenda Switzerland sejak tahun 1945. ISTOR AG pula merupakan antara pengeluar pengasah pisau yang masih bertahan di Switzerland, diasaskan oleh Josef A. Schefer sejak tahun 1964.
Saiznya yang sederhana, ringkas dan mudah dibawa membolehkan anda membawa ia ke mana sahaja dan berguna setiap waktu. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah sederhana dan sesuai untuk menajamkan pisau kecil, sabit, bilah mesin rumput, gunting, kapak, pisau lasak, pahat, cangkuk, pisau bilah bengkok dan alatan yang mempunyai sudut sempit.

Pengasah model ini mempunyai 2 jenis mata asah (BERLIAN dan ALOI KARBIDA). Mata asah berlian TERBAIK untuk mengasah / merawat mata pisau yang telah sumbing sedikit atau mengasah dengan lebih pantas. Pengasah ini mempunyai pelindung / penahan pada hujung mata asah, jadi ia dapat melindungi jari/tangan anda dari tercedera semasa mengasah pisau bersaiz besar. Pengasah ini hanya perlu dicondongkan mengikut kemahuan anda dan tarik dengan perlahan mata asah (gunakan sisi mata asah) pada benda yang ingin diasah. Miliki pengasah unik dari bumi Switzerland hari ini juga !

NOTA: Harga untuk sebatang

 

Weight 200 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “ISTOR – pengasah pisau BERLIAN “Duplex” (SWISS)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top