RM49.90

In Stock

Sku: N/A
Clear selection

1) Jenis: Baju leher bulat “Exploit.py” EDISI TERHAD 2021 RAWSEC
GSM: 180
saiz: M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL
warna: hitam
jenis fabrik: 5.3 oz. kapas tenun ring-spun
Keluaran: Gildan Activewear Inc., Quebec, Kanada
Buatan: bangladesh

Keterangan: Ini merupakan baju tshirt EKSKLUSIF EDISI TERHAD untuk tahun 2021 keluaran ASLI dari RAWSEC Malaysia. RAWSEC merupakan entiti komuniti awam N.G.O. ditubuhkan pada 2017 yang bertunjangkan keselamatan teknologi maklumat siber yang disertai pekerja kolar putih yang terlibat secara langsung dengan sektor teknologi maklumat, pelajar, peminat komputer & internet.

Grafik dengan cetakan sebahagian dari kod Exploit.py berasaskan petikan payload metasploit secara sumber terbuka yang di tulis dalam bahasa pengaturcaraan Python untuk platform Metasploit dan di rekabentuk dalam tekapan berbentuk logo RAWSEC. Cetakan ini menggunakan dakwat cetak PREMIUM dengan teknik cetakan Plastisol yang dikira terbaik dan teliti, kemas dan tahan lama sehingga ke penghujung usia ! Pada bahagian bawah baju ini dijahit bersama label sulam logo RAWSEC manakala di leher baju dicetak dengan logo RAWSEC bersama tulisan “class exploit:” Baju RAWSEC ini adalah daripada fabrik yang diperbuat menggunakan kapas tenun 5.3 oz. jenis ring spun yang lembut dan berkualiti tinggi. GILDAN merupakan jenama pakaian terulung Kanada, ia menjadi rebutan anak muda ketika era 1980an di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Jenama ini cukup terkenal di kalangan peminat pakaian terpakai / vintage sehingga ke hari ini. Ia cukup sesuai sebagai pakaian harian ketika bersantai, bekerja, atau untuk pelbagai acara. Jenama ini ditubuhkan sejak tahun 1984 dan merupakan antara syarikat terbesar membuat pakaian. Jenama ini sangat terkenal di kalangan pencetak baju di luar negara sebagai baju untuk persatuan/kelab, majlis, acara rasmi, kelab universiti dan banyak baju rasmi kumpulan muzik luar negara menggunakan jenama ini.

Antara kelebihan pakaian jenama GILDAN:

– menggunakan fabrik PREMIUM kapas tenun 100% terbaik dari USA
– Material dan fabrik adalah berkualiti
– Ruang leher tidak “menggeleber” setelah di basuh berkali-kali sama ada menggunakan tangan atau mesin basuh
– Warna tidak mudah luntur & tidak pudar
– Jahitan “tulang” 2 kali pada sepanjang bahu
– Baju tidak mempunyai “jahitan tulang” pada sisi, sebaliknya kain disambung terus
– Selesa dan lembut

NOTA: Sila lihat gambar jadual rajah ukuran saiz dan pilih baju berdasarkan saiz yang dihajati !  KLIK SINI

Sebarang kemusykilan/pertanyaan sila email: rawsec[AT]ded1.net 

Weight 199 g
Saiz

M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “RAWSEC – baju tshirt “EXPLOIT” (EDISI TERHAD 2021)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top