Sold out

RM375.00

Out of stock

Sku: JDH-1.3713.7

Out of stock

1) Jenis: Pisau poket VICTORINOX Swiss Army X Doctor Heli (EDISI JEPUN)
model: JDH-1.3713.7
Panjang keseluruhan: 9.1 sentimeter
Material: Besi tahan karat dan plastik ABS
Warna: putih
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Bilangan alatan: 15 jenis

Keterangan: Sempena menghargai jasa perkhidmatan pasukan kecemasan perubatan udara Doctor Heli (EMS) di Jepun, Victorinox Japan Inc. dan Victorinox AG Switzerland berbesar hati mengeluarkan EDISI TERHAD yang cuma dikeluarkan untuk pasaran negara Jepun. Perkhidmatan perubatan udara di Jepun dipanggil Doctor Heli yang merupakan pasukan atur cepat bantuan dari segi rawatan doktor/jururawat ke seluruh wilayah pulau/pedalaman Jepun merangkumi wilayah Kawagoe, Kobe, Nagoya,Fukuoka, Fukushima, Hokkaido, Gunma, Gifu, Chiba, Aomori, Akita yang disediakan oleh Aero Asahi Corporation, Nakanihon Air Service, Nishi Nippon Airline, Central Helicopter, Kagoshima International Aviation, Hirata Gakuen Aviation. Helikopter dari pasukan ini dilengkapi dengan kemudahan perubatan canggih yang mempunyai lebih 50 unit helikopter yang menyediakan khidmat untuk 57 hospital di seluruh Jepun. Helikopter dari pasukan ini berwarna putih dengan jalur merah dan tulisan Doctor Heli berwarna biru gelap.
Pisau lipat/alat serbaguna ini cukup berguna untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal),
dan kegunaan oleh individu yang terlibat aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/mountain bike, pemancing atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan. Ia merupakan model yang sangat DISYORKAN buat peminat setia Victorinox Swiss Army di seluruh dunia ! Yang pergi tak akan kembali, hanya dikeluarkan sekali seumur hidup !

Pisau poket ini mempunyai 15 jenis alatan serbaguna:

1. pisau bilah besar
2. pisau bilah kecil
3. pembuka tin
4. pemutar skru 3 mm
5. pembuka penutup botol
6. pemutar skru 6 mm
7. pengoyak wayar
8. alat untuk membesarkan lubang, pengetuk
9. pembuka gabus botol
10. Gunting
11. gergaji kayu
12. pencangkuk serbaguna
13. pencungkil gigi
14. penyepit halus
15. penggantung kunci

Weight 200 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “VICTORINOX X Doctor HELI – pisau poket (EDISI JEPUN)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top