-
Testimonial pisau sembelih "RARE" GOLDSIEGEL Solingen Jerman di Umbai, Melaka, Malaysia
Saksikan ketajaman pisau sembelih 10 inci GOLDSIEGEL ketika menyembelih kambing bebiri oleh pelanggan kami di Umbai, Melaka, Malaysia. Beliau yang juga seorang pemilik ladang ternak kambing & lembu sangat berpuas hati ! GOLDSIEGEL merupakan pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior yang kini ditukar kepada BURGVOGEL Cutlery Gmbh. GOLDSIEGEL merupakan jenama LAMA yang tidak lagi dikeluarkan lagi pada hari ini dan telah PUPUS. Permata dari Solingen buat KOLEKSI kalian untuk kesekian kalinya !
Untuk maklumat lanjut layari:
https://niaga.ded1.NET
https://facebook.com/ded1empire
#GOLDSIEGELJerman
#pisausembelihTAJAM
#pisauSOLINGENJERMAN
NOTA: Video adalah ihsan Encik Abdullah Umbai, Melaka -
Ekspedisi Kem Gunung Everest Nepal Jun 2022 MALAYSIA | بعثة معسكر قاعدة إيفرست | 珠峰大本营探险
Ekspedisi oleh pendaki Malaysia Encik Fadzil Aziz ke kem tertinggi Gunung Everest (setinggi 5364 meter dari paras laut !) melalui jalan darat dari Kathmandu Nepal selama berhari-hari bermula 27 Mei 2022. Laluan berliku, penuh onak dan duri, cuaca dingin membeku --- mencabar kemampuan makhluk bernama manusia. Syabas dan tahniah atas KEJAYAAN !!
NOTA: Video & gambar adalah ihsan Encik Fadzil Aziz
https://niaga.ded1.NET
https://facebook.com/ded1empire
https://khazanah.ded1.net/everest2022
#malaysiaboleh
#EKSPEDISIkemEVEREST2022
#ded1EMPIRE
#gerikBOLEH -
Tutorial Pendaftaran Akaun DED1.Net
Kami menyediakan tutorial ataupun langkah-langkah untuk membuat pendaftaran di laman web DED1.NEt menggunakan peranti telefon pintar anda. -
DSA 2022 - Pameran & Persidangan Pertahanan Kuala Lumpur MALAYSIA | นิทรรศการทหารมาเลเซีย | 马来西亚军事展览
Pameran dan persidangan industri pertahanan terbesar di Malaysia (DSA) yang menghimpunkan pengeluar sistem persenjataan, komunikasi, logistik, rangkaian dari seluruh dunia di MITEC Jalan Duta Kuala Lumpur pada 28 - 31 MAC 2022. Disokong oleh Kementerian Pertahanan, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia & semua agensi keselamatan Malaysia. Acara DSA ini telah diadakan sejak tahun 1988.
#PameranDSAMalaysia
#DSAmalaysia
#DefenceServicesAsia2022
https://niaga.ded1.net
https://facebook.com/ded1empire
https://foundation.ded1.org -
Pertandingan seni suara burung MERBUK 2022 | Perkutut | นกเขาชวา di Semenyih, Selangor MALAYSIA
Suasana warna warni sekitar pertandingan seni suara burung merbuk / perkutut bangkok / นกเขาชวา yang diadakan di padang merbuk Semenyih, Selangor, Malaysia pada 16 Januari 2022. Burung merbuk untuk pertandingan diternak dari baka terpilih untuk mendapatkan kualiti suara yang lunak. Peserta pertandingan datang dari seluruh Semenanjung Malaysia untuk beradu burung mereka dalam suara kelas A, B dan C serta burung tekukur.
Muzik latar: Serunai ulek mayang
"Seri bersila nama akarmu
Seri berdiri nama batangmu
Seri hidup nama kulitmu
Seri menempak nama daunmu
Seri guntur nama bungamu
Seri gintir nama buahmu
Aku tahu asal usulmu"
#merbuksiam
#perkututbangkok
#zebradove
#นกเขาชวา
#pertandinganmerbuk -
Burung kenari berkicauan | Canary | นกขมิ้น
Seekor burung kenari kuning jantan (Serinus canaria domestica) sedang seronok berkicau di tepi belukar. Burung kenari liar berasal dari Gugusan Kepulauan Atlantik Utara dan dibiakkan secara dalam kurungan sejak abad ke 17 oleh pelayar Eropah dan Sepanyol. Burung kenari digunakan dalam perlombongan arang batu untuk mengesan kehadiran gas karbon monoksida sejak beratus tahun lampau. Selain itu burung kenari turut digunakan oleh pasukan Polis untuk siasatan kes dadah selain untuk penyelidikan dalam bidang perubatan. Menarik bukan ?
#BurungKenari
#นกขมิ้น
#طائر الكناري
#金丝雀 -
Merbuk Siam suara Kelas B | Perkutut Bangkok | นกเขาชวา
Burung baka merbuk siam pertandingan suara kelas B - berusia 1 tahun 5 bulan dari susur galur baka penternak Encik Adun Songkhla Thailand (AD) dan Encik Man Songkhla Thailand (SMC). Suara kelas B merupakan suara jenis pertengahan, pertandingan seni suara burung merbuk yang diternak & terpilih bakanya untuk mendapatkan kualiti suara yang terbaik. Pemarkahan seni suara burung merbuk mengambil kira dari aspek Kerajinan, Seru, Jalan, Air Suara dan Hujung. Ia menjadi acara yang kerap diadakan di Thailand, Malaysia, Indonesia & Singapura serta Brunei (?). Burung merbuk pertandingan biasanya diletakkan di dalam sangkar yang cantik dan diukir indah yang harganya boleh mencecah ribuan ringgit. มหกรรมแข่งขันนกเขาชวาเสียงอา. กรงนกเขาชวา ของ
#merbuksiam
#perkututbangkok
#zebradove
#นกเขาชวา -
Spotlight HELLA (LED) LBE160 - testimonial pelanggan dan pemasangan lampu pada skuter
Testimonial dan pemasangan lampu spotlight HELLA LED LBE160 oleh Encik Ismail Amin dari MIMOS Kuala Lumpur pada motorsikal skuter beliau. Lampu spotlight ini cukup TERANG dengan jarak suluhan sehingga 350 METER dan sangat membantu ketika pemanduan jarak jauh yang gelap gelita. Lampu model terbaru dengan teknologi LED keluaran HELLA untuk kegunaan pelbagai kenderaan (motor, kereta, jip, lori, bot, lori trailer, van, bas).
#HELLALBE160
#HELLAspotlightLED
#lampulimpahHELLA
Untuk maklumat lanjut layari:
https://niaga.ded1.NET
https://facebook.com/ded1empire
https://shopee.com.my/ded1empire -
ICEL portugal - demontrasi kapak tulang 1.5KG yang TAJAM
Seorang penternak & penjual daging di Rantau, Negeri Sembilan, Malaysia sedang menetak kaki dan tulang lembu menggunakan kapak seberat 1.5KG jenama ICEL buatan Portugal. Kapak yang cukup padu dibuat khusus untuk kerja di pusat sembelihan & penjual daging bersama bilah yang sangat tajam dan TERBAIK, kerana itulah ia menjadi pilihan penternak dan penjual daging di desa dan kota !
#kapaktulangICEL
#kapakpenjualdaging
#ICELportugal
Untuk maklumat lanjut layari:
https://niaga.ded1.net
https://facebook.com/ded1empire
https://shopee.com.my/ded1empire -
BURGVOGEL Solingen Jerman - demonstrasi pisau lapah kulit
Salah seorang penternak di Malaysia sedang melakukan tugas melapah kulit seekor lembu jantan menggunakan pisau jenama Burgvogel buatan Solingen JERMAN. Pisau keluaran Burgvogel Cutlery GmbH yang disepuh bersama adunan minyak khas dan dikeraskan didalam ais dengan suhu negatif untuk mendapatkan kualiti ketajaman yang TERBAIK, kerana itulah ia menjadi pilihan penternak dan peminat pisau !
#BURGVOGELSolingenJerman
#pisaulapahkulitJERMAN
#pisaupenternakMalaysia
Untuk maklumat lanjut layari:
https://niaga.ded1.net
https://facebook.com/ded1empire
https://shopee.com.my/ded1empire -
Anak ayam hutan Malaysia (Gallus gallus) | Red jungle fowl chic
Dua ekor anak ayam hutan Malaysia (nama saintifik Gallus gallus) yang cukup jinak, sedang mencari makanan di atas tanah. Berusia 2 minggu lebih, kelihatan aktif dan lincah dan sudah boleh terbang rendah. Merupakan spesis yang masih banyak terdapat di hutan sekitar Malaysia, biasanya mendiami kawasan pergunungan dataran tinggi dan hutan padang rumput terbuka. Ayam jantan dewasa memiliki warna yang terang dan berwarna warni manakala ayam betina dewasa berwarna coklat. Bersarang di atas tanah. Ia hidup dengan memakan serangga dan bijian hutan.
#ayamhutanmalaysia
#anakayamhutan
#sicomelbulucoklat -
Victorinox Swiss Army X Doctor HELI pisau poket (EDISI KHAS JEPUN)
Ulasan berkenaan pisau poket Victorinox Swiss Army X Doctor Heli. Merupakan keluaran KHAS dan TERHAD untuk pasaran Jepun. Model pisau poket "RARE" yang hanya dikeluarkan sekali seumur hidup, sebagai menghargai jasa pasukan perubatan doktor udara (EMS) yang menyediakan khidmat bantuan perubatan segera ke seluruh wilayah Jepun menggunakan helikopter. Bersaiz 9.1 cm, berwarna putih dengan garisan merah dan tulisan "Doctor Heli" pada luarannya. Untuk maklumat lanjut sila layari https://niaga.ded1.net dan https://facebook.com/ded1empire
#VictorinoxSwissArmyDOCTORHELI #VictorinoxEDISIJEPUN #pisaupoketRARE