pisau sembelih lembu SWIBO ketika digunakan di masjid jamek Gerik, Perak

Tanggungjawab sosial koporat (CSR) dari ded1 EMPIRE kepada masyarakat.

Kami berbesar hati dapat melibatkan secara aktif melalui penyertaan atau sumbangan kepada komuniti yang bertujuan untuk menambah baik kesejahteraan masyarakat. Dalam hal ini sektor korporat boleh memainkan peranan dalam pelbagai bidang merangkumi aspek pendidikan, teknologi maklumat, kesihatan, alam sekitar dan ekonomi. Tanggungjawab ini direalisasikan dengan niat murni dan adil agar memberi manfaat kepada masyarakat.

Antara projek yang telah kami jalankan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan sistem Email akaun percuma pada masyarakat menggunakan domain ded1.DE. Rujuk maklumat lanjut.
2. Menjadi penaja bersama pertandingan IHACK 2022 anjuran Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). Rujuk maklumat lanjut.
3.  Penaja bersama pertandingan memanah 3 Dimensi 2021 di Gopeng, Perak. Rujuk maklumat lanjut.
4. Penaja bersama pertandingan memanah tradisional terbuka Rembau 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Rujuk maklumat lanjut.
5. Penaja bersama untuk persidangan keselamatan teknologi maklumat RAWSEC 2020 di Cybersecurity Malaysia, Cyberjaya, Selangor. Rujuk maklumat lanjut.
6. Penaja bersama pertandingan memanah tradisional ASEAN 2019 di Shah Alam, Selangor. Rujuk maklumat lanjut.
7. Penaja pisau untuk Majlis Korban DUN Temengor di Gerik, Perak. Rujuk maklumat lanjut.
8. Menaja sebahagian kecil kelengkapan ekspedisi pendaki solo (Fadzil Aziz) ke kem Gunung Everest, Nepal. Rujuk maklumat lanjut.
9. Penaja pisau untuk kegunaan kariah masjid di Gerik, Taiping, Ipoh (Perak) & Kuala Selangor. Rujuk maklumat.
10. Menaja hosting laman web, email, dns untuk komuniti sumber terbuka MyBSD (NGO). Laman web MyBSD
11. Menaja baju untuk jawatankuasa kerja majlis meraikan anak yatim di Kota Tinggi, Johor.
12. Menaja server untuk R&D ipv6/ipv4 translation.
Back to Top