Segala yang kami jual diperiksa untuk keaslian sebelum memuat naik ke kedai online kami, dengan itu anda boleh membeli dengan yakin bahawa barang yang anda beli dijamin ASLI & TULEN. Untuk makluman anda, kami sama sekali TIDAK menyokong industri produk tiruan !

Kami tidak mempunyai kedai / premis fizikal. Kami beroperasi secara dalam talian sepenuhnya.

Ya, semua barangan yang kami iklankan adalah berkeadaan baru. Kecuali jika kami nyatakan pada iklan sebaliknya.

Tempoh penghantaran & ketibaan barangan yang dipesan ke rumah/pejabat anda oleh syarikat kurier adalah 3 – 5 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia dan 4 – 8 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak. Untuk pesanan luar Malaysia, penghantaran boleh mengambil masa dari 10 – 20 hari bekerja untuk tiba ke destinasi anda. Dalam situasi tertentu, ia boleh mengambil masa sehingga 35 hari bekerja.

Semua produk yang diiklan di laman web ded1 EMPIRE, dijual dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

Ya, kami boleh mengirim pesanan ke hampir semua negara di seluruh dunia KECUALI Israel & Korea Utara sahaja. Untuk jumlah kos kiriman antarabangsa anda perlu bertanya kepada kami terlebih dahulu. Untuk pesanan produk tertentu dari luar Malaysia (seperti pisau, kapak, makanan), anda dinasihatkan untuk bertanya terlebih dahulu kepada pihak berkuasa negara anda sebelum membuat pesanan, ini untuk mengelakkan sebarang masalah barangan dirampas ketika barangan sampai ke pintu masuk negara anda.

Apabila anda melihat sesuatu yang anda suka, anda boleh membelinya dengan segera dengan menekan butang “ADD TO CART”. (anda perlu mendaftar atau log masuk ke laman web ini). Kami mungkin telah menerima banyak pesanan dari pembeli lain, jadi sila bertindak pantas sebelum stok kami kehabisan!

Anda perlu bertanyakan kepada kami jenis produk dan kuantiti produk yang ingin dibuat “pre order”. Bayaran deposit atau bayaran penuh adalah diperlukan. Tempoh menunggu untuk pre order bergantung pada jenis produk, biasanya dari 2 MINGGU sehingga 16 MINGGU.

Jika anda tidak menemui apa yang anda cari, sila hubungi kami.

Back to Top