1) Jenis: kasut but XPRT 2.0 URBAN 5.11
Model: 12302
saiz: 10 US (lebar)
tinggi but: 6 inci
warna: Hitam
material: kulit HELCOR, suede, nylon ripstop dan Nubuck kalis air serta breathable
Keterangan: Kasut but XPRT 2.0 URBAN 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Kasut model ini merupakan model yang sama dipakai oleh unit elit Polis Diraja Malaysia VAT 69 bermula tahun 2015. Ini adalah antara model terbaru kasut yang mendapat sentuhan veteran tentera Kyle Lamb dari unit VTAC. Kasut ini dicipta untuk menyaingi kasut mendaki terbaik buatan Eropah. Kasut but XPRT 2.0 URBAN ini boleh diumpamakan model “TERAGUNG” kasut keluaran 5.11 yang dibuat menggunakan fabrik dan material TERBAIK !! Kasut ini juga dibuat supaya melindungi bahagian hadapan kaki dengan baik sekali. Kasut ini membuatkan pemakainya berasa sangat selesa, tangkas dan sungguh lasak dengan alas dalam jenis BI-FIT.
Ini adalah kasut kalis air tetapi ia tidak panas kerana materialnya memboleh pengaliran udara masuk. Bahagian atas kasut ini diperbuat/dilapisi dari bahan “neoprene” iaitu sejenis getah sintetik yang memberi perlindungan optimum pada buku lali dan kaki si pemakai untuk mengurangkan kecederaan.
Kasut but ini TERBAIK untuk semua anggota penguatkuasa di Malaysia (Polis, Tentera, JPJ, APMM, DBKL, SMART, Bomba, Imigresen, Kastam).
Ia juga sangat TERBAIK untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pemandu trak 4×4, pemandu kenderaan berat, mendaki gunung/berkhemah/peminat barangan tentera dan taktikal. Tapak kasut but ini adalah tidak licin pada permukaan berminyak/basah. Jika anda masih tercari-cari kasut but yang tahan lasak, ringan, selesa dan TERBAIK, model 5.11 XPRT 2.0 URBAN perlu disemat di sanubari anda !!
Reviews
There are no reviews yet.