1) Jenis: parang hutan kukri “Magnum” Cold Steel
model: 97MKM
Panjang: 17 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 22 inci
tebal bilah: 2.8 milimeter
Berat: 569 gram
Material pemegang: plastik Polypropylene
Material: Besi 1055 Carbon Steel (tahan karat)
Warna: hitam
negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Afrika Selatan
Keterangan: Ini ialah parang hutan ASLI digelar “Magnum Kukri” yang direkabentuk dan diinspirasikan dari parang kukri Nepal, namun bentuk bilah dan perwatakannya telah dievolusi & diluruskan, ia jenis FULL TANG yang dikeluarkan oleh syarikat Cold Steel yang berpusat di Ventura, USA, diasaskan oleh Lynn C. Thompson yang juga merupakan seorang pengamal seni beladiri sejak tahun 1980. Cold Steel cukup terkenal dalam penghasilan pelbagai jenis pisau & parang dan produk mereka banyak juga digunakan di dalam filem Hollywood dan beberapa unit tentera US dan di seluruh dunia. Parang kukri ini sebenarnya khusus untuk kegunaan di hutan untuk tugas menebas ranting / semak samun / menebang pokok bersaiz sederhana. Ia terbaik untuk mereka yang gemar aktiviti luar; memburu/mendaki/berkhemah/memancing/pemikat burung/pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah, sangat dialu-alukan untuk pengumpul golok RARE dan koleksi. Jika anda peminat jenama Cold Steel, “Magnum Kukri” ini harus disisipkan di pinggang anda !!
Reviews
There are no reviews yet.