1) Jenis: Pisau daging ICEL
model: 244.3100.20
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
warna pemegang: merah
pemegang: plastik Polypropylene
Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL
Keterangan: Pisau bilah lurus bersaiz 20cm untuk daging/sembelih jenis ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Pisau ini boleh digunakan untuk menyembelih haiwan kecil seperti kambing, rusa, pelanduk, kijang, ayam, itik. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Mata pisau ini cukup tajam dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, ia merupakan pisau kualiti Eropah tetapi dengan harga yang mampu milik.
Ia cukup berguna terutama kepada mereka yang terlibat dengan kerja menyembelih/memotong/menghiris daging di rumah sembelihan. Disyorkan juga digunakan untuk melapah / memotong / menghiris ketulan daging semasa kenduri kendara atau di musim perayaan yang bakal menjelma. Pisau dari kualiti Eropah dengan harga mampu milik buat semua insan di dunia !
Reviews
There are no reviews yet.