1) Jenis: pisau daging “STERIGRIP” F.DICK
model: 8638521K
panjang: 21 cm atau 8.26 inci (panjang bilah)
material bilah: besi X55CrMo14 tahan karat
warna pemegang: hitam
pemegang: plastik Poliamida dengan zarah logam (anti licin)
Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN
Keterangan: Pisau daging versi “STERIGRIP” ini dikeluarkan oleh F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Bilah dan hulu model ini cukup ISTIMEWA; bilahnya mempunyai jaluran untuk memerangkap udara ketika kerja menghiris dibuat manakala hulunya merupakan campuran poliamida dengan zarah logam berfungsi untuk menyahkan kuman agar tidak membiak/bertebaran pada hulu pisau. Menarik bukan ?? Pisau ini TERBAIK untuk tugas PENYEMBELIHAN haiwan seperti; kambing, kijang, rusa, landak, kibas, ayam, itik dan seangkatan dengannya, disamping ia cukup disyorkan untuk kerja memotong / menghiris ketulan daging. Model “STERIGRIP” ini jarang ada di pasaran dan cukup RARE, disyorkan untuk dimiliki oleh peminat koleksi pisau di serata pelusuk muka bumi !!!
Reviews
There are no reviews yet.