Sold out

Out of stock

Sku: 8677-21,00

1) Jenis: Pisau dapur F.HERDER
model: 8677-21,00
panjang: 21 cm atau 8.26 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik polimer Polyolefin
warna pemegang: hijau
material: besi tahan karat X46CR13
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau dapur/pisau chef dengan bilah lebar ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN dari siri pisau “DON CARLOS”. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau”. Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaan ini bermula semenjak tahun 1623 dan telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur BelandaDiperkenalkan dengan jenama “Tjap Garpu” dengan logo garpu / daun terup / dipanggil “cap spade”.
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang tugas-tugas dapur. Pekerja dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel disyorkan memilikinya sepantas mungkin !!

Weight 0.5 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pisau dapur F.HERDER”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product