1) Jenis: Pisau dapur & roti F.HERDER
model: 0317-18,00
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu (tidak diketahui jenis)
warna pemegang: coklat cerah
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN
Keterangan: Pisau dengan bilah bentuk belati klasik ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN dari siri pisau “DON CARLOS”. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau”. Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaan ini bermula semenjak tahun 1623 dan telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama “Tjap Garpu” dengan logo garpu / daun terup / dipanggil “cap spade”.
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong buah, sayur, ikan, daging, roti / makanan & untuk kerja di dapur . Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata dunia. Ini adalah jenama pisau yang RARE dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. Produk berkualiti dari jenama lagenda tertua !!
Reviews
There are no reviews yet.