1) Jenis: Pisau lapah daging bengkok F.HERDER
model: 8671F13,00
panjang: 13 cm atau 5.11 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik polimer Polyolefin
warna pemegang: hijau
material: besi tahan karat X46CR13
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN
Keterangan: Pisau lapah daging bengkok bersaiz 5 inci ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN dari siri pisau “DON CARLOS”. Dibuat di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau”. Bandar Solingen cukup terkenal berabad lamanya dengan penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Memulakan perusahaan semenjak tahun 1623 dan telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama “Tjap Garpu” dengan logo garpu / daun terup / dipanggil “cap spade”.
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk melapah/menghiris/memotong ketulan daging kambing/lembu/kerbau/rusa dan haiwan lain terutamanya daging yang digantung atau dicelah sendi dan ruang sempit. Pisau ini BERGUNA untuk memisahkan daging dari tulangnya dan hujungnya yang runcing memudahkan kerja sedemikian. Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata dunia. Ini adalah jenama pisau yang “RARE” dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. Jangan tunggu sehingga berputih mata !
Out of stock
Weight | 200 g |
---|
Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Reviews
There are no reviews yet.