Sold out

Out of stock

Sku: 8685-15,50

1) Jenis: Pisau lapah lurus F.HERDER
model: 8685-15,50
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik anti licin
warna pemegang: hijau
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau lapah dengan bilah lurus ini adalah untuk tugas menghiris daging, ia adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN dari siri pisau “DON CARLOS”. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau”. Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaan ini bermula semenjak tahun 1623 dan telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama “Tjap Garpu” dengan logo garpu / daun terup / dipanggil “cap spade”.

Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong/menyiang ketulan daging kambing/lembu/kerbau/rusa/ikan/udang/sotong atau bahan makanan lain. Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata dunia. Ini adalah jenama pisau yang “RARE” dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. F.HERDER simbol keaslian produk Solingen !!

Weight 0.4 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “F.HERDER – Pisau lapah lurus (Solingen, JERMAN)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top