1) Jenis: Pisau tempa F.HERDER
model: 8114-21,00
panjang: 21 cm atau 8.26 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
warna pemegang: hitam
material: besi tempa X50CRMoV15
kekerasan bilah: 56 – 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN
Keterangan: Pisau siri FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik, ia adalah pisau jenis “FULL TANG”. Ini merupakan pisau yang menjadi simbol keagungan kualiti produk pisau yang dipanggil cap garpu / cap “spade” berabad lamanya. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan teliti dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur dan merupakan model pisau yang diakui ketajamannya yang menjadi rebutan penyembelih di serata dunia sejak berabad lalu.
Dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau” yang memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.
Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya malah cukup TERBAIK untuk tugas menyembelih !! Ini adalah model pisau yang menjadi simbol KEAGUNGAN F.HERDER yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Kembalikan nostalgia silam dengan pisau lagenda ini !!
Reviews
There are no reviews yet.