1) Jenis: Seluar kargo Taclite PRO 5.11
model: 74273
saiz USA: 28 – 44
warna: coklat tua, coklat cerah, hitam, kelabu cerah, kelabu gelap, biru gelap, hijau TDU, hijau Tundra
material fabrik: 65% polyester & 35% kapas ripstop
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/Bangladesh/Cambodia
Keterangan: Seluar kargo Taclite PRO 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik Seluar Taclite PRO ini adalah ringan dan sangat tahan lasak. Poket belakang seluar ini adalah unik, ia dibuat dengan melintang dan seolah-olah dipotong, lengkap dengan pelekat velcro. Kelainan seluar ini, bahagian sisi seluar didatangkan dengan sejenis tali yang dijahit bersama seluar, untuk kegunaan menggantung kunci / pas / apa sahaja.
Ia mempunyai 7 poket, 2 lapisan fabrik pada bahagian lutut dan punggung, jahitan pada bahagian kritikal seluar sebanyak 3 kali dan fabriknya di salut dengan Teflon – sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemburu, pemandu trak 4×4 dan penggiat aktiviti luar. Miliki dan rasai produk berkualiti dari 5.11 !!
NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.
Reviews
There are no reviews yet.