1) Jenis: Seluar kargo TDU Taclite 5.11
model: 74280
saiz USA: XS (pinggang 24-26), S (pinggang 28-30), M (pinggang 32-34), L (pinggang 36-38), XL (pinggang 40-42)
warna: hitam, biru gelap, hijau TDU
material fabrik: 6.14 oz Taclite poly/kapas ripstop
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam
Keterangan: Seluar TDU Taclite 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan sebagai pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia. Fabrik Seluar TDU Taclite ini adalah cukup tebal (6.14 oz ripstop) dan sangat tahan lasak. Ia mempunyai ruang pada poket yang luas, 2 lapisan fabrik pada bahagian lutut dan punggung, jahitan pada bahagian seluar sebanyak 3 kali agar kukuh dan fabriknya di salut dengan Teflon – sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah.
Ia boleh dipakai semasa tugas rutin dan operasi dan TERBAIK dijadikan pakaian seragam oleh anggota keselamatan (polis, tentera, JPJ) dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti lasak. Disyorkan untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pendaki gunung/berkhemah/pemuzik, penunggang motorsikal, pengembara, peluncur skateboard, mekanik, pemandu kenderaan berat. Buat mereka yang tercari-cari seluar kargo dari fabrik TERBAIK keluaran dari jenama taktikal disegani dunia 5.11 —– sematkan ia di hati sanubarimu selamanya !!
Reviews
There are no reviews yet.