6) Jenis: beg galas taktikal RUSH 24 (generasi 2) 5.11
model: 56563
Ukuran: 20 x 12.5 x 8 inci
Muatan: 37 liter
Jumlah ruang: –
berat: 1.74 kilogram
warna: kelabu gelap, hitam, coklat tua, hijau kelam, biru gelap
material fabrik: Nylon 1050D tahan lasak & kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam
Keterangan: Beg galas 5.11 ini merupakan model beg taktikal PALING LARIS, ia merupakan model RUSH 24 Generasi Kedua yang telah diberi nafas baru dan terdapat beberapa perubahan padanya. Beg Rush ini direka dan diuji oleh veteran tentera Kyle Lamb dari unit VTAC, beg ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. 5.11 membekalkan pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BALISTIK gred tentera (1050D) yang tahan lasak untuk tugas taktikal, zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Ia boleh digunakan sama ada ketika sebarang operasi ketenteraan atau kegunaan harian atau di pakai untuk ke pejabat, ke kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Ia mempunyai ruang yang luas dan banyak malah dapat memuatkan komputer riba bersaiz 15 inci. Pada bahagian belakang & sisinya didatangkan dengan “MOLLE”, jadi anda dapat menyangkut alatan lain yang berpadanan. Buat mereka yang tercari-cari beg taktikal sebenar dengan kualiti TANPA kompromi, beg RUSH 24 GENERASI KEDUA ini perlu dimiliki !
NOTA: Lencana pada beg hanya untuk hiasan dan tidak untuk dijual bersama beg berkenaan !
Reviews
There are no reviews yet.