22) Jenis: Jaket Nevada Soft Shell 5.11
model: 78035
saiz USA: S, M, L, XL
warna: hitam, hijau
Jenis fabrik: nylon, elastane, polyester, softshell 3L, 8.1 oz, DWR
Kadar kalis air: 8000mm
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: kemboja
Keterangan: Jaket taktikal dipanggil “NEVADA Soft Shell” dari fabrik campuran berkualiti ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama produk yang dibekalkan kepada tentera US, Polis, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Jaket yang ringan dan tidak terlalu berat ini mempunyai kadar kalis air sehingga takat 8000mm. Kadar 8000mm dikira gred sederhana untuk jaket kalis air dan ia TIDAK berupaya menahan serapan air semasa hujan sangat lebat atau ribut.
TERBAIK untuk mengurangkan kesejukan akibat dari cuaca di luar dan ia sebenarnya jaket yang kalis angin. Jaket ini didatangkan dengan 4 poket keseluruhan, termasuk pada bahagian dada yang berzip. Poket yang dibuat khusus untuk menyimpan pen, buku nota, telefon, peralatan peribadi anda. Pada hujung pergelangan lengan didatangkan dengan pelekat velcro yang dijahit kemas. Fabrik pada bahagian dalam jaket adalah jenis Polyester Micro yang berbulu yang cukup selesa dan memanaskan tubuh ketika cuaca dingin. Fabrik jaket dengan teknologi DWR (durable water resistant) ini tidak pudar dan tahan lasak. Ia boleh dipakai ketika sebarang jenis cuaca (sejuk atau basah) sama ada ketika sebarang operasi dan untuk aktiviti luar. Disyorkan untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; mendaki gunung biasa/berkhemah/pengembara/menunggang motorsikal/memandu. 5.11 NEVADA — serlahkan kuasamu !
Sila rujuk carta ukuran jaket KLIK SINI !
Reviews
There are no reviews yet.