1) Jenis: Seluar kargo “Covert” 5.11
model: 74290
saiz USA: 28, 38, 44
warna: coklat tua, coklat cair, hijau tundra
jenis fabrik: 8.5 oz. kapas lembut tebal tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
buatan: china
Keterangan: Seluar kargo “COVERT” 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik seluar ini cukup tebal dan lembut bila disentuh, diperbuat dari kapas 8.5 oz. dan sangat tahan lasak.
Kelainan seluar ini, bahagian sisi seluar didatangkan dengan poket berzip yang agak tersembunyi dengan bahagian dalamnya terdapat kocek. Juga tambahan 1 lagi poket berzip pada bahagian sisi poket hadapan yang juga tersembunyi dimana keseluruhan poket seluar ini sebanyak 8 bahagian.
Untuk menguatkan struktur, jahitan pada bahagian kritikal seluar dibuat 3 kali. Ia boleh dipakai oleh anggota keselamatan semasa tugas risikan, operasi taktikal dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemburu, pemandu trak 4×4 dan penggiat aktiviti luar. Miliki dan rasai produk berkualiti dari 5.11 !!
NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.
Reviews
There are no reviews yet.