1) Jenis: baju “Fed up with melt down” PATAGONIA
model: 38481
lebar: 48.5cm
saiz: XS (saiz USA)
warna: biru gelap
material fabrik: 50% kapas kitar semula 5.6 oz. & 50% polyester kitar semula
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA
Buatan: mexico
Keterangan: baju EDISI TERHAD dari jenama PATAGONIA ini adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika muda belia. Patagonia Inc. mendapat pensijilian “B Corporation” & merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Baju ini dicetak dengan tulisan kecil PATAGONIA pada bahagian hadapan manakala pada belakangnya dicetak grafik besar Fed Up With Melt Down menggunakan dakwat “bebas phthalate” dan bebas PVC dengan fabrik 100% kitar semula kapas dan polyester. Grafik pada baju ini sebagai simbolik kepada isu alam sekitar & pemanasan global yang dihadapi oleh bumi pada hari ini akibat kerakusan manusia. Fabrik baju ini cukup tebal & tahan lasak serta selesa & lembut, tidak mudah pudar warna walau dibasuh menggunakan mesin/tangan. Pada jahitan tulang bahu, dibuat 2 kali supaya lebih kemas & tahan. Baju ini terbaik untuk dipakai ketika aktiviti luar / bekerja / bersantai dan disyorkan untuk peminat jenama yang jarang ada di pasaran rantau ini. Miliki ia hari ini juga.
Reviews
There are no reviews yet.