RM230.00

1 in stock

Sku: 39174

1 in stock

1) Jenis: baju tshirt P-6 PATAGONIA
model: 39174
lebar: 51cm
saiz: S (saiz USA)

warna: kelabu
material fabrik: 50% kapas kitar semula 5.6 oz. & 50% polyester kitar semula
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA
Buatan: mexico

Keterangan: baju tshirt dari jenama PATAGONIA ini adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika muda belia. Logo rasmi PATAGONIA diinspirasikan dari pergunungan Fitz Roy di Patagonia, Amerika Selatan. Patagonia Inc. mendapat pensijilian “B Corporation” & merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Baju ini dicetak dengan tulisan kecil PATAGONIA pada bahagian hadapan manakala pada belakangnya dicetak logo rasmi PATAGONIA yang besar menggunakan dakwat “bebas phthalate” dengan fabrik 100% kitar semula kapas dan polyester. Fabrik baju ini cukup tebal & tahan lasak serta selesa & lembut, tidak mudah pudar warna walau dibasuh menggunakan mesin/tangan. Pada jahitan tulang bahu, dibuat 2 kali supaya lebih kemas & tahan. Baju ini terbaik untuk dipakai ketika aktiviti luar / bekerja / bersantai dan disyorkan untuk peminat jenama yang jarang ada di pasaran rantau ini. Miliki ia hari ini juga.