1) Jenis: Batu asah / Whetstone Grit 1000/3000
Ukuran: 17.5 x 5.4 x 2.6 sentimeter
kadar asah: Asas (1000) dan Sederhana (3000)
Saiz partikel batu: 25 – 5 Micron
Grit: 1000 & 3000
Buatan: TOJIRO Company Limited, Tsubame-Sanjo, JEPUN
Keterangan: Ini adalah batu asah keluaran TERBAIK Tojiro Jepun. Syarikat TOJIRO Company Limited ini diasaskan semenjak tahun 1955. Ia diperbuat dari campuran galian mineral (aluminum oksida dan silikon karbaid) dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Batu ini didatangkan dengan tapak alas jenis plastik dibawahnya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini.
Batu asah ini mempunyai 2 jenis kadar asahan (1000 & 3000), jadi anda tidak perlu membawa banyak batu asah jika tugas anda memerlukan ke sana sini. Asahan grit 1000 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 3000 disyorkan selepas mengasah dari grit 1000. Penggunaan batu asah grit 3000 dapat mengekalkan ketahanan tajam mata bilah agar lebih lama. Batu asah grit 3000 adalah TERBAIK terutamanya untuk mengasah pisau lapah.
NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !
Reviews
There are no reviews yet.