1) Jenis: Batu asah / Whetstone Grit 4000
Ukuran: 21 x 7 x 1.8 sentimeter
kadar asah: separa halus
Grit: 4000
Saiz partikel batu: 4 – 8 Micron
Buatan: TOJIRO Company Limited, Tsubame-Sanjo, JEPUN
Keterangan: Ini adalah batu asah keluaran TERBAIK TOJIRO Jepun. Syarikat asal TOJIRO Company Limited ini diasaskan semenjak tahun 1955. Ia diperbuat dari campuran galian mineral (aluminum oksida) dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Batu ini didatangkan dengan tapak alas jenis plastik dibawahnya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 – 20 darjah (dapatkan pandangan pengeluar/pembuat pisau/senjata anda untuk sudut yang disyorkan) serta meletakkan sedikit air pada batu ini.
Batu asah grit 4000 merupakan pilihan terbaik untuk mengasah terutamanya pisau / alatan yang mempunyai besi yang keras kerana permukaan batu ini yang lebih kasar berbanding grit 6000 / 8000. Batu ini berguna untuk kerja mengasah, membuang BURR (lebihan besi halus yang kasar yang tertinggal pada mata pisau hasil asahan terdahulu) dan untuk kerja akhir “mengilatkan” mata pisau. Alatan / pisau anda perlu di asah dengan grit yang lebih rendah sebelum boleh menggunakan batu asah grit 4000 ini. Batu asah Jepun ini dibuat untuk peminat batu asah Jepun serta mereka yang mahukan batu asah TERBAIK & berkualiti untuk mengasah koleksi pisau / parang anda agar tajam sepanjang zaman !!
NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 5 minit sebelum boleh digunakan !
Reviews
There are no reviews yet.