Sold out

RM163.00

Out of stock

Sku: LBS6S

Out of stock

2) Jenis: Batu asah ARKANSAS Lansky
model: LBS6S
Ukuran: 15 x 5 cm
kadar asah: sederhana
Grit: –
Buatan: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA

Keterangan: Batu asah yang dibuat dari batuan unik “Novaculite” yang hanya terdapat di pergunungan Ouachita di Arkansas & Oklahoma USA ini adalah dari jenama LANSKY. Pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap. Batuan NOVACULITE yang terdiri dari silika telah digunakan ribuan tahun oleh puak Red Indian USA untuk mengasah senjata dan perlombongan batuan ini bermula sejak awal tahun 1800 lagi untuk mendapatkan batuan berharga ini. Batu ini khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pahat, kapak, sabit, parang dan sebagainya dan semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 – 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah “lembut / sederhana, merupakan batu pengasah untuk menajamkan mata pisau yang kurang tajam tetapi masih berkeadaan baik.
Pengasah ini didatangkan dengan alas plastik anti licin & istimewanya pengasah ini, ia boleh ditelangkup untuk melindungi permukaan batu asah agar sentiasa terjaga. Anda mencari batu asah RARE & terbaik ? Lansky ini dicipta buat kalian !!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Batu asah pisau ARKANSAS Lansky (USA)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top