2) Jenis: Batu asah BERLIAN Lansky
model: LDB6F
Ukuran: 15 x 5 cm
kadar asah: halus
Grit: 600
keluaran: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA
buatan: china
Keterangan: Batu asah yang disalut dengan debu berlian ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap. Permukaan batu asah ini disalut dengan serbuk berlian terbaik (berlian merupakan unsur mineral yang sangat keras, ia dapat mengasah dengan kadar segera dan cepat), anda cuma sekadar menggesel pisau pada pengasah ini beberapa kali sahaja tanpa perlu lenguh bahu dan tangan mengasah. Batu asah berlian ini adalah dari grit halus & DISYORKAN untuk kerja akhir mengasah pisau & mendapatkan ketajaman mata lebih halus. Ia sesuai digunakan untuk menajamkan pisau yang diperbuat dari seramik, karbon, titanium dan besi. Ia boleh diguna untuk mengasah sebarang jenis pisau/pahat/parang/sabit/benet dan sebagainya. Pengasah ini didatangkan dengan alas plastik anti licin & istimewanya pengasah ini, ia boleh ditelangkup untuk melindungi permukaan batu asah agar sentiasa terjaga. Anda mencari batu asah berlian yang RARE & terbaik ? Lansky ini dicipta buat kalian !!
Reviews
There are no reviews yet.