1) Jenis: Congkak kayu berukir
ukuran: 141 cm (panjang) X 46 cm (tinggi) X 20 cm (lebar)
jenis kayu: kayu kemuning (Murraya paniculata)
asal: Malaysia
Keterangan: congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Di Asia Tenggara, congkak mungkin dikembangkan dari Melaka , sebagai pusat perdagangan di zaman silam. Nama Congkak dipercayai berasal dari perkataan melayu congak. Pada zaman silam, golongan bangsawan & istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir indah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.
Congkak berukir jenis tebuk timbul yang menggunakan tangan pada bahagian badannya, kaki dan pada kedua-dua hujungnya. Congkak ini cukup teliti pembuatannya serta berseni dengan motif flora dan tumbuhan. Keadaan congkak ini masih dalam keadaan baik. Pada zaman moden hari ini, permainan ini kian dilupakan generasi baru. Congkak berukir ini merupakan hasil kerjatangan teliti tukang dan cukup jarang dijumpai pada zaman moden hari ini. Diperbuat dari kayu pohon Kemuning (Murraya paniculata), tumbuhan liar di belukar dan hutan Asia Tenggara yang cukup sinonim dalam bidang perubatan tradisional masyarakat melayu. Ia sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, bahan koleksi di restoran & muzium. Seni dari Nusantara yang tak lapuk dek panas dan hujan.
Reviews
There are no reviews yet.