Sold out

RM233.00

Out of stock

Sku: Hans XL

Out of stock

2) Jenis: Dompet celoreng hijau Herschel
model: Hans XL
Ukuran: 11.4 x 9.8 cm
warna: celoreng hijau
Jumlah ruang: 19
Jenis fabrik: Polyester tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: Herschel Supply Co., Vancouver, Kanada
Buatan: china

Keterangan: Ini adalah dompet keluaran ASLI dari Herschel Supply Company yang berpusat di Vancouver, Kanada. Entiti ini diasaskan oleh Lyndon dan Jamie Cormack pada tahun 2009. Nama Herschel diambil sempena sebuah perkampungan terpencil Saskatchewan Kanada yang merupakan tempat asal pengasasnya. Produk utama jenama ini adalah pelbagai jenis beg yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti fabriknya yang tahan lasak dan mempunyai warna yang menarik hati. Jenama Herschel pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat beg & streetwear dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama antaranya Hilary Duff, Natalie Portman, Megan Fox, Emma Roberts dan ramai lagi.

Fabriknya dari warna celoreng berwarna hijau dan hitam membuatkan si pemakai tampak maskulin dan gagah, fabriknya cukup tebal serta tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Keistimewaan dompet ini, ia mempunyai lapisan anti RFID yang menghalang data pada kad kredit/debit anda dari “dicuri”. Jahitan dan buatan keseluruhan dompet ini dibuat dengan rapi dengan kawalan kualiti yang ketat dari pihak Herschel Supply Company yang tidak berkompromi soal berkenaan. Dompet ini mempunyai ruang kecil yang agak banyak jadi ia boleh digunakan untuk mengisi wang tunai, kad kredit, duit syiling, nota kecil dan apa sahaja barangan kecil peribadi anda. Disyorkan buat peminat barangan celoreng / peminat taktikal di seluruh pelusuk Nusantara !

Weight 200 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “HERSCHEL – dompet duit celoreng hijau anti RFID”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your custom content goes here. You can add the content for individual product
Back to Top